Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Politik, Universiti Malaya (UM), Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata hayat jawatan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, dijangka tidak bertahan untuk tempoh yang lama. Jelasnya, ramalan itu berdasarkan dengan kepada keupayaan PAS untuk mengemukakan usul undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang. #AgendaAWANI
00:00Pada masa akan datang ataupun beberapa bulan saja lagi akan dianjurkan sidang Dewa Undangan Negeri Perlis.
00:07Maka PAS sekarang yang mempunyai enam kursi DUN, mereka tidak akan duduk diam dan usul undi tidak percaya berkemungkinan boleh dikemukakan kepada Dewa Undangan Negeri.
00:20Pada waktu yang sama juga kita lihat apabila Speaker DUN itu merupakan ahli dan pemimpin PAS, maka ruang dan peluang untuk menaikkan usul itu sebagai keutamaan usul boleh dilakukan dan saya jangkakan hayat Menteri Besar Perlis tidak begitu lama dan ini akan menyaksikan satu lagi keadaan situasi politik yang tidak stabil boleh berlaku.
00:44Dan yang kedua PRN Perlis iaitu melibatkan apa sahaja yang boleh mencetuskan satu keinginan ataupun boleh saya katakan kemahuan PAS itu sendiri kerana apabila kedudukan Menteri Besar itu tidak kukuh maka mengikut perkara 39.6 Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis apabila Menteri Besar sudah hilang keyakinan majoriti di DUN Perlis
01:14maka beliau perlu meletakkan jawatan ataupun mengemukakan pembubaran Dewa Undangan Negeri kepada Tuangku Raja Perlis.
01:25Maka bagi saya keadaan-keadaan ini sebenarnya membuka pelbagai episod politik yang baru jangan kita ingat noktah yang kita mutamatkan itu menutup segala pergelutan tetapi sebenarnya adalah satu permulaan kepada krisis pergelutan yang lebih besar selepas ini.
01:41Sebenarnya pelantikan Menteri Besar semalam itu telah diputuskan oleh Tuangku Raja Perlis. Seharusnya sudah menutup episod di Perlis ini.
01:54Tetapi bagaimana yang sahabat saya Dr. Taufik kata tadi jika selepas ini ada perkara-perkara seperti perisytihara kekosongan tiga kerusi
02:08ataupun ada kemungkinan tawaran ESCO kepada PAS ditolak berarti PAS tidak menerima situasi yang berlaku ini kerana asasnya PAS parti yang majoriti di Perlis
02:24jawatan Menteri Besar itu terlepas kepada parti yang majoriti.
Be the first to comment