Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Sebuah rumah tidak kekal musnah dalam kebakaran di Membakut, Sabah. Tiga kenderaan musnah, tiada mangsa dilaporkan cedera.
Transcript
00:00Sebuah rumah tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di kampung Lembah Poring, Pembakut, Malam Ahad.
00:07Pemangku Ketua Balai Bomber dan Penyelamat Kimanis, Jaafar Saleh berkata, enam anggota bomba digerakkan ke lokasi kira-kira 29km dari balai.
00:17Jentera bomba tiba pada jam 12.11 tengah malam dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah tidak kekal serta tiga kenderaan musnah sepenuhnya.
00:26Sebuah lagi kereta mengalami kerosakan kira-kira 70%.
00:30Kerja pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran dengan dua pancutan air dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 12.17 tengah malam.
00:41Pasukan bomba berdepan kesukaran untuk ke lokasi berikutan laluan rosak dan berparit menyebabkan jentera terpaksa berpatah balik sebelum menggunakan laluan alternatif.
00:51Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2 pagi selepas lokasi disahkan selamat dan tiada lagi bahaya.
00:58Punca kebakaran serta jumlah kerugian yang dialami mangsa masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended