Kemalangan tragis di Oaxaca, Mexico apabila kereta api membawa 241 penumpang tergelincir berhampiran Nizanda. 13 maut, 98 cedera termasuk lima kritikal. Siasatan sedang dijalankan.
00:00Sekurang-kurangnya 13 orang maut, manakala 98 yang lain cedera selepas sebuah kereta api tergelincir di negeri Oaxaca, Selatan, Meksiko.
00:08Tentera Laut Meksiko maklumkan kereta api membawa 241 penumpang dan 9 kru yang tergelincir dekat bandar Nizanda itu dikendalikan oleh agensi berkenaan.
00:18Daripada jumlah itu, 139 penumpang dilaporkan selamat, manakala 98 cedera termasuk 36 yang sedang menerima rawatan.
00:25Presiden Meksiko Claudia Sheinbaum di PlatformX berkata 5 daripada mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.
00:33Tambah beliau, pegawai kanan tentera laut dan pihak berkuasa lain diarahkan ke lokasi untuk membantu keluarga mangsa.
00:39Gabenel Oaxaca Salomon Jarrah Cruz maklumkan pihak berkuasa negeri sedang menyelaras usaha bersama agensi persekutuan bagi membantu mereka yang terkesan.
00:48Peguam negara Meksiko Ernestina Godoy Ramos pula berkata pihaknya sudah membuka siasatan bagi mengetahui punca kemalangan.
00:54Kereta api antara lautan yang dirasmikan pada 2023 semasa pentadbiran bekas Presiden Andres Manuel Lopez Obrado adalah sebahagian daripada projek koridor antara lautan yang lebih besar.
Be the first to comment