Sebahagian besar penduduk di Kuala Terengganu, bimbang dan khuatir jika tahun 2026 yang dinanti dirai dengan berlindung di PPS disebabkan banjir yang melanda.
00:00Berbaki lebih 48 jam sebelum langkah ke Tahun Baharu 2026, sebahagian besar penduduk di Terengganu menantikan kehadirannya dengan penuh debaran.
00:10Kepada mereka, akhir tahun bermakna berdepan musim tengkujuh. Manakala tahun baru pula bererti, mereka masih berperang dengan episod banjir.
00:19Dilemak itu masih menghantui penduduk di Kuala Terengganu, salah seorang daripadanya Nur Baizura Ramli.
00:26Suri rumah ini sudah mengharungi tiga gelombang banjir pada tahun ini.
00:31Sehingga pada satu tahap, dia berharap tiada lagi episod duka kerana banjir buatnya dan keluarga serta penduduk di Terengganu abnya apabila tahun baru 2026 muncul nanti.
00:42Nur Baizura Akui mengenangkan situasi itu membuatkan hatinya kembali resah dan tidak mustahil mereka menyambut detik tahun baru dalam banjir atau berkampung di pusat peminang sementara PPS.
00:53Bukan sahaja terpaksa menelan kepayahan kerana berada di PPS, suri rumah berusia 35 tahun ini menambah banjir yang melanda turut menguji ekonomi mereka sekeluarga.
01:05Rezeki untuk keluarga katanya terhenti seketika apabila suaminya yang bekerja sebagai penjaja ikan tidak dapat meneruskan rutin berkenaan.
01:23Banjir katanya turut menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian lebih RM1,000 selepas sebagian peralatan serta barangan elektrik ditenggelami air.
01:39Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, lebih menyedihkan barangan persekolahan termasuk pakaian seragam sekolah anaknya turut ditenggelami banjir.
01:48Terengganu dilanda banjir gelombang ketiga pada Jumaat sehingga menyebabkan
02:18dan lebih 400 mangsa terpaksa berlindung di PPS yang diaktifkan.
02:24Bagaimanapun keadaan kembali pulih pada Ahad selepas dua PPS di Kuala Nerus dan sebuah di Kuala Terengganu ditutup.
Be the first to comment