Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Perkembangan banjir di empat negeri sehingga 11 pagi Isnin di mana secara keseluruhannya terdapat 185 mangsa di 11 PPS yang dibuka secara aktif.
Transcript
00:00Dalam pada itu, kemas kini di Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM maklumkan selain Johor, banjir turut melanda tiga lagi negeri iaitu Sarawak, Negeri Sembilan dan Pahang.
00:10Secara keseluruhannya, 11 pusat penerbatan sementara PPS dibuka bagi menempatkan 185 mangsa di empat negeri terjejas banjir.
00:19Selain di segamat Johor yang mengaktifkan 7 PPS, terdapat 18 mangsa daripada 3 keluarga berlindung di 2 PPS di Sarawak.
00:26Hanya satu daerah terlibat banjir di Sarawak iaitu di Miri.
00:30Di Negeri Sembilan pula, 1 PPS dibuka di daerah Seremban bagi menempatkan 9 orang mangsa.
00:36Manakala di Pahang, terdapat 8 mangsa berlindung di 1 PPS di daerah Cameron Highlands.
00:41Ia membabitkan 3 keluarga.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended