Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Parti Vetevendosje pimpinan Perdana Menteri Kosovo, Albin Kurti, memenangi lebih separuh undi dalam pilihan raya awal, membuka laluan membentuk kerajaan baharu selepas kebuntuan politik berlarutan.
Transcript
00:00Parti Vetevan Dosyeh yang dipimpin Perdana Menteri Kosova, Albin Kurti, diumumkan mendapat lebih separuh undi dalam pilihan raya di negara itu yang berlangsung semalam.
00:10Kejayaan tersebut sekaligus membuka laluan kepada Albin bagi membentuk kerajaan baru selepas kebuntuan politik berlarutan yang telah melumpuhkan Parlimen Kosova.
00:30Pilihan raya ini merupakan kali kedua diadakan tahun ini selepas Vetevan Dosyeh gagal memperoleh majoriti pada Februari lalu.
00:54Sekaligus memaksa Presiden Yosa Osmani membubarkan Parlimen pada November dan mengadakan pilihan raya awal yang berakhir pada Ahad.
01:03Bagaimanapun penganalisis menjangka sukar untuk Albin membentuk kerajaan tanpa gabungan lagi mendapatkan 61 kerusi daripada 120 di Parlimen memandangkan undi besyarat dan undi diaspora Kosova di Eropah Barat masih belum dikira.
01:19Dua parti pembagang utama, Parti Demokratik dan Liga Demokratik masing-masing meraih 21% dan 13.6% undi.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended