Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Sejak mula beroperasi pada 2023, KCIC mencatatkan sekitar 294,000 penumpang dari Malaysia telah menggunakan perkhidmatan kereta api laju itu, daripada keseluruhan 394,000 penumpang antarabangsa.
Transcript
00:00Lebih 7,000 pelancong Malaysia direkodkan menggunakan perkhidmatan kereta api cepat Indonesia-China KCIC WUSH sepanjang tempoh cuti sambutan Hari Natal dan Tahun Baru 2025-2026.
00:14Ini menurut kenyataan rasmi syarikat itu. Pengurus Besar Korporat Sekretari KCIC Eva Kairunisa berkata sejak 18 Disember lalu, pelancong Malaysia menyumbang 53% daripada keseluruhan 13,000 penumpang antarabangsa
00:29yang menggunakan perkhidmatan tersebut.
00:32Hujannya setiap hari antara 750 hingga 1,000 pelancong Malaysia menaiki WUSH dari Jakarta ke Bandung dan destinasi pelancongan lain di Jawa Barat seperti Lembang dan Ciwede.
00:44Tambahnya tren ini menunjukkan WUSH bukan sekadar mod pengangkutan tetapi juga menjadi sebahagian daripada pengalaman pelancongan yang menarik minat pelancong asing khususnya dari Malaysia.
00:55Sejak mula beroperasi pada 2023, KCIC mencatatkan sekitar 294,000 penumpang dari Malaysia.
01:04Jumlah itu adalah daripada keseluruhan 394,000 penumpang antarabangsa.
01:09Pada 26 Disember sahaja, jumlah penumpang harian WUSH mencecah 21,000 orang.
01:17Manakala pada 27 Disember, jualan tiket dijangka melebihi 22,000 menjelang akhir hari.
01:23Secara keseluruhan, sebanyak 225,000 tiket telah terjual sepanjang tempoh angkutan Nataru dengan purata harian meningkat 20 hingga 30% berbanding hari biasa.
01:36Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended