Lebih 90,000 pendatang asing tanpa izin atau PATI ditahan menerusi ribuan operasi penguatkuasaan di seluruh negara setakat 24 Disember tahun ini, hasil pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia ke atas ratusan ribu warga asing, kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli.
00:00Lebih 90,000 pendatang asing tanpa izin parti ditahan menerusi operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia di seluruh negara sepanjang tahun ini.
00:10Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Malaysia, JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, tangkapan itu melibatkan ribuan operasi yang dijalankan sehingga 24 Disember lalu.
00:22Katanya sebanyak 13,678 siri operasi telah dijalankan di seluruh negara melibatkan pemeriksaan ke atas 235,343 warga asing.
00:36Menurutnya pemeriksaan tersebut turut melibatkan 5,294 individu yang merupakan pemegang kad Suruhan Jaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian atau UNHCR.
00:48Beliau menjelaskan jumlah keseluruhan tangkapan parti dalam operasi JIM adalah seramai 50,472 orang manakala 41,357 orang lagi ditahan di pintu masuk utama negara serta melalui serahan oleh agensi penguatkuasa lain.
01:04Mengikut pecahan kewarganegaraan, parti paling ramai ditahan ialah warga Indonesia seramai 15,385 orang, diikuti Bangladesh 11,105 orang, Myanmar 9,789 orang dan Filipina 4,365 orang.
01:24Tangkapan turut melibatkan warga Pakistan, India, Thailand, China, Vietnam dan Nepal serta negara-negara lain.
01:34Dalam pada itu, Luqman berkata bagi kes majikan yang menggaji atau melindungi parti, seramai 2012 warga tempatan turut ditahan selain majikan warga Bangladesh dan Indonesia.
01:45Beliau menambah antara kesalahan yang dikesan melibatkan parti ialah tidak memiliki dokumen sah, tinggal melebihi tempoh dibenarkan serta menyalahgunakan pas kerja.
01:57Operasi penguatkuasaan itu dijalankan, susulan aduan dan risikan di lokasi yang dikenalpasti sebagai tumpuan pekerja warga asing.
Be the first to comment