Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Polis menahan seorang lelaki berusia 63 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian letupan berpunca daripada penggunaan bahan letupan buatan sendiri atau Improvised Explosive Device (IED) di kawasan Desa Palma, Nilai, dengan suspek turut dipercayai memiliki pengetahuan teknikal dalam pembuatan bahan letupan.
Transcript
00:00Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian letupan di kawasan desa Palmanilai yang dipercayai berpunca daripada penggunaan bahan letupan buatan sendiri, IED.
00:11Ketua Polis Negeri Sembilan, Dato' Al-Zafni Ahmad berkata, suspek berusia 63 tahun itu ditahan di sekitar mantin pada petang Sabtu.
00:21Beliau berkata lelaki berkenaan telah ditahan dan dihantar ke hospital kerana mengalami kecederaan.
00:26Katanya siasatan awal mendapati suspek dipercayai mempunyai pengetahuan teknikal dan kemahiran khusus dalam pembuatan bahan letupan berdasarkan penemuan peranti serta peralatan yang dirampas di rumah sewa lelaki itu.
00:39Polis turut menemukan sebanyak 31 lagi peranti IED di rumah suspek dan semua bahan letupan berkenaan telah dimusnahkan oleh pihak berkuasa.
00:47Sebelum itu, polis menerima laporan orang awam berhubung kejadian letupan di kawasan Desa Palma pada jam 7.08 pagi
00:54yang turut menemukan objek disyaki IED serta paku bertabur di sekitar lokasi kejadian.
00:59Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended