Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Transcript
00:00PANG 5 TENTERA DARAT
00:30Lebih 90,000 pendatang asing tanpa izin ditahan menerusi operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen di seluruh negara sepanjang tahun ini.
00:39MOTEC dan Turism Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur acara Miss and Mr Celebrity International 2025
00:46yang didapati menggunakan logo korporat dan kempen tahun melawat Malaysia 2026 tanpa kebenaran.
00:53Kerajaan akan melaksanakan program percubaan kawal selia atau sandbox mulai 1 Januari depan
00:59untuk menilai mekanisme pelindungan kanak-kanak dan keselamatan pengguna dalam ruang digital sebelum menguatkuasakannya secara menyeluruh.
01:09Pelajar yang mendapat tawaran memasuki MRSM dinasihatkan supaya tidak menolaknya kerana faktor kemiskinan.
01:16Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin tegaskan,
01:19tiada arahan dikeluarkan kepada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dari parti itu
01:24untuk menandatangani sebarang akuan berkanun atau ST.
01:29Thailand menegaskan gencatan senjata yang dipersetujui bersama Kemboja di sempadan kedua-dua negara
01:35memberi peluang bagi menangani pertikaian melalui saluran diplomatik.
01:40Kementerian Pendidikan Rendah dan Menengah Indonesia akan menyalurkan bantuan bencana
01:45berjumlah RM32.8 bilion kepada pendidik dan kakitangan bukan akademik di Jawa Timur
01:51serta tiga wilayah di Sumatera yang terjejas bencana.
01:55Seorang maut manakala 26 yang lain cedera termasuk 5 parah dalam kemalangan
01:59memabitkan lebih 50 kenderaan di sebuah lebuh raya di wilayah Gunmar, Barat Laut Tokyo pada Jumaat.
02:05Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended