Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pengerahan pesawat itu dikesan ketika ketegangan diplomatik antara Amerika Syarikat (AS) dan Venezuela terus memuncak.

Category

πŸ—ž
News
Transcript
00:00Pesawat drone MQ-9 Reaper milik tentera udara Amerika Syarikat dilihat di lapangan terbang Rafael Hernandez di Aguadila, Puerto Rico pada Jumaat.
00:10Ia dikesan ketika Amerika Syarikat terus meningkatkan pemantauan di Caribbean susulan ketegangan dengan Venezuela.
00:18Untuk rekod, Amerika mengumpulkan kekuatan ketenteraan besar di Caribbean.
00:23Ini termasuk mengerahkan sebuah kapal pengangkut pesawat, jet pejuang dan kapal perang lain.
00:30Pesawat Osprey dan tambahan pesawat MC-130J Commando 2 turut tiba di Aguadila dalam beberapa hari kebelakangan ini.
00:38Awal bulan ini Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengarahkan sekatan ke atas semua kapal tangki minyak yang memasuki dan meninggalkan Venezuela.
00:47Langkah Washington itu antara lain bagi meningkatkan tekanan terhadap Presiden Venezuela, NicolΓ‘s Maduro.
00:54Trump juga mendakwa negara Amerika Selatan itu membanjiri Amerika Syarikat dengan dadah.
01:00dakwaan itu menyebabkan beberapa buah bot dari Amerika Selatan yang didakwa membawa bahan terlarang itu dibom.
01:06Setakat bulan ini, pengawal pantai Amerika Syarikat telah memintas dua kapal tangki di Laut Caribbean.
01:11Kedua-duanya sarat dengan minyak mentah Venezuela.
01:14yang telah menyebabkan menyebabkan ke atas semua kampus,
01:23kita mendapatkan ke atas semua kampus,
01:24kita sudah menyebabkan ke atas semua kampus kita yang pertama.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended