Skip to playerSkip to main content
  • 4 months ago
Apakah signifikan status pelabuhan perdagangan bebas dan bagaimana ia menjana perubahan sektor ekonomi dan membuka peluang kerjasama perdagangan yang lebih strategik di rantau ini? Ikuti diskusi dan analisis Agenda AWANI Asia, 9.00 malam ini.
Transcript
00:00Agenda Awani Asia
00:30Agenda Awani Asia
01:00Pelabuhan Perdana Bebas Hainan di China
01:02dan juga Mahalini Freeport
01:03yang telah diluncurkan
01:06ataupun dirasmikan baru-baru ini
01:08di Muar Johor, Malaysia
01:09kerana kedua-duanya membawa visi yang lebih kurang sama
01:12iaitu memperkukuhkan
01:14keterbukaan ekonomi, menarik pelaburan
01:16dan juga membina ekosistem industri modern
01:18tetapi di platform waktu ini
01:20kita nak membahaskan setidak-tidaknya
01:22dua perkara iaitu
01:23sejauh mana pelabuhan bebas ini boleh menjadi
01:26jambatan kerjasama strategik buat Malaysia dan juga Cina
01:30dan kehadapannya bagaimana ia boleh memacu pertubuhan ekonomi serantau yang mampan.
01:35Untuk itu, saya nak bersama dengan Zhang Hong ataupun Satria,
01:39wartawan juga kolumnis daripada Kumpulan Media Cina CMG
01:42dan kita akan bersama dengan Tuan Abdul Azim Abdul Razak,
01:46Prinsipal di Rahmat Lim & Partners.
01:48Kalau boleh Tuan Abdul Azim, saya nak mulakan dengan Satria dahulu.
01:51Satria mungkin boleh kongsikan berkaitan dengan pelabuhan
01:55Perdagangan Bebas FTP Hainan yang menjalankan operasi custom khas
01:59pada 18 Disember baru-baru ini.
02:02Apa maknanya operasi itu bagi pembangunan FTP Hainan?
02:06Kerana kalau saya baca, ada satu artikel yang menulis tentang
02:09High Standard Opening Up untuk Cina dan bagaimana mekanisme ini
02:13bukan sahaja mempercepatkan alam perdagangan tetapi juga memberi
02:17kelebaran strategik kepada Hainan berbanding,
02:20kalau buat perbandingan dengan FTP ataupun pelabuhan
02:24berbandingan Bebas yang lain? Satria.
02:26Terima kasih Fazi.
02:28Dulu kalau FTP di pelabuhan Hainan sebenarnya sudah dilaksanakan
02:32berapa tahun dan kali ini dia operasikan custom khas di seluruh pulau Hainan.
02:40Pulau Hainan ini memang yang cukup besar di Jina sebenarnya.
02:44Dan oleh itu dia ada bermakna yang amat berbeza dengan FTP dulu.
02:49kerana kita tahu kalau dulu macam FTP di satu pelabuhan,
02:53dia macam barangan yang boleh masuk ke tempat ini,
02:59mungkin boleh simpan di dalam satu gudang dan nanti boleh
03:03di ekspor ke negara lain atau nanti masuk ke pasaran tempatan.
03:07Tapi kali ini dia di pelabuhan ini sebenarnya disokong oleh satu kawasan
03:13yang lebih besar iaitu seluruh pulau di Hainan, satu provinsi di Jina.
03:19Saya rasa ini amat menarik iaitu ada satu berita yang berlaku pada hari pertama,
03:2318 Desember ketika operasi custom khas dilaksanakan di Hainan.
03:28Pada hari pertama ada satu perubahan lima ten durian segar dari Malaysia masuk ke Hainan.
03:35Dijual, habis dijual dalam satu jam saja.
03:37kerana harganya lebih murah, kurang kira-kira separoh berbanding di pasaran di Beijing.
03:46Saya rasa oleh itulah, kalau pulau Hainan dia sebenarnya sudah menjadi satu pasaran yang cukup besar
03:52bagi macam durian dari Malaysia.
03:55Tapi kita boleh lihat potensi di belakangnya, iaitu keperluannya begitu besar.
04:00Nanti kerana ada dasar yang operasi custom khas di pulau tersebut,
04:06kita boleh membina kilang pemprosesan di tempatan.
04:09Ketika kita menggunakan durian segar dari Malaysia, kita boleh memproses di sana.
04:14Kalau nilai tambahannya sudah melebihi 30%,
04:17dia boleh langsung masuk ke pasaran tanah besar Cina juga dengan tarif sifat.
04:24Jadi ini akan menjadikan, saya rasa ini merupakan hadiah tahun baharu yang cukup bagus bagi pengguna Cina di sini.
04:32Dan kita pun boleh lihat ini sebenarnya merupakan potensi yang cukup besar bagi pedagang dari Malaysia.
04:37Bukan hanya dia ekspor buah-buahan segar saja, durian.
04:42Dia boleh melabur di sini, membuka kilang di sini, meningkatkan nilai tambahannya
04:49supaya boleh meneroka pasaran lebih besar di seluruh tanah besar.
04:52Saya rasa ini merupakan satu contoh yang cukup menarik dan sebenarnya ada banyak contoh yang lain
04:58macam sekarang kalau dulu ketika FTP dilaksanakan di beberapa perlapuhan di Hainan,
05:04ada kira-kira 20% produk yang diimport dikenalkan kadar tarif yang sifat.
05:13Tapi sekarang jumlah ini sudah meningkat kepada 74% barangan yang masuk akan mengenalkan tarif sifat.
05:21termasuk macam post chain dari yang diimport ke Hainan pun boleh dibebaskan cukai.
05:27Jadi memanglah ada sedikit sekatan yang itu dia hanya boleh digunakan di Hainan, tak boleh keluar dari Hainan.
05:34Tapi saya rasa masih ada banyak potensi yang lain macam kalau benih atau biji itu kopi yang dimasuk ke sini,
05:42kita boleh memproseskannya menjadi kopi yang berkualiti tinggi.
05:46sebab itu menerokkan lagi pasal yang lebih besar di tanah besar.
05:50Saya rasa ramai syarikat-syarikat Malaysia patut memberi tempohan kepada dasar yang baru ini dan supaya mencari peluang kerja untuk menerokkan pasal yang boleh dikatakan paling besar di dunia ini di China.
06:02Okey, baik. Memang sengaja saya mulakan dengan Satra untuk berkongsi tentang pelabuhan perdagangan bebas Hainan.
06:09Diberikan sedikit contoh tadi.
06:11Sudah tentu kalau cakap dengan Satra, Satra memang seorang pemilat tegar durian.
06:15Dan itu sebenarnya satu simbolik betapa akrabnya hubungan baik diplomatik ataupun kerjasama ekonomi untuk Malaysia dan juga China.
06:24Tapi untuk waktu ini, Tuan Abdul Azim, sebelum kita nak bercakap tentang signifikan ataupun mengenai Maharani Freeport,
06:30mungkin boleh dikongsikan di mana sebenarnya letaknya kedudukan dan juga usaha pengalaman Malaysia dalam membangunkan pelabuhan ataupun zon perdagangan bebas.
06:40Terima kasih.
06:41Seperti yang kita semua tahu, Malaysia mempunyai pengalaman yang panjang sebagai negara perdagangan maritim.
06:47Hasil kedudukan geografinya yang strategik di Selat Melaka, antara laluan perkapalan paling sibuk di dunia.
06:52Sejak era awal kemerdekaan lagi, pembangunan pelabuhan dan zon perdagangan bebas di Malaysia dilakukan secara berperingkat pragmatik dan berorientasikan pasaran.
07:01Kita boleh lihat ini contohnya seperti di Port Klang dan Pelabuhan Tanjung Perlepas serta terkini termasuk isu antaranya zon ekonomi bebas, Johor Singapura.
07:11Model Malaysia yang dilihat di sini tidak terhad pada satu fungsi semata-mata tetapi menyepadukan transshipment, pembuatan, logistik dan perdagangan serantau di ASEAN.
07:22Dari sudut dasar pula, terdapat beberapa kelebihan utama yang menjadikan pelabuhan dan zon perdagangan bebas Malaysia kompetitif.
07:29Pertamanya adalah dan yang paling utama, insentif fiskal dan kustom yang jelas dan boleh dijangka termasuk pengecualian duty, cukai jualan serta prosedur kustom yang dipermudah.
07:39Hal ini penting untuk pemain logistik dan perdagangan yang operasinya adalah pada margin yang sangat sensitif.
07:46Seperti juga yang dikatakan oleh yang amat berhormat Perdana Menteri tempoh hari semasa pelancaran, insentif cukai ini juga termasuk insentif kepada pemaju indok, syarikat yang terlibat dalam aktiviti hub tenaga bersepadu, operasi pelabuhan laut dalam dan juga perkhidmatan berkaitan perdagangan.
08:01Semua pihak itu adalah terlibat dalam paket insentif cukai ini yang juga termasuk pihak-pihak lain seperti pusat data, infrastruktur dan utiliti, teknologi hijau, pelancongan perubatan dan hospitality.
08:14Kesemua ini di cover oleh perkara inilah.
08:17Kedua adalah kepastian undang-undang dan kestabilan dasar.
08:22Amat penting bagi pelabuhan asing, perlindungan kontrak, kebolehkuatkuasaan undang-undang dan ketelusan peraturan.
08:28Dalam hal ini, Malaysia menawarkan persekitaran yang relatif stabil dan boleh dipercayai.
08:33Sebagai contoh, infrastruktur undang-undang Malaysia bagi menyokong perkara ini termasuk Mahkamah Admiralty di Kuala Lumpur yang bersedia mengendalikan sebayang pertikaian berkenaan perkara relevan secara segera dan dengan akses kepada hakim-hakim yang mempunyai kepakaran yang sesuai.
08:47Ketiga, kita juga perlu mengambil kira infrastruktur sokongan yang menyeluruh termasuk juga akses kepada lebuh raya dan ril.
08:54dan juga kepada kawasan perindustrian dan ekosistem perniagaan yang berdekatan.
08:59Dan dalam hal ini, sistem Malaysia adalah sangat menggalakkan ekosistem ini.
09:05Keistimewaan Malaysia bagi pendekatan ini ialah bahawa ia seimbang dan inklusif.
09:11Dan saya faham bahawa Mahalini Freeport yang telah dijalankan.
09:17Tidak hanya bersaing sebagai hub transshipment, terpagi juga sebagai platform perdagangan jangka panjang.
09:22Terutamanya dalam konteks ASEAN yang membolehkan operasi serantau dijalankan.
09:27Okey, kita nak terus fokus kepada Mahalini Freeport yang dibuka ataupun dilancarkan baru-baru ini pada akhir bulan November 2025
09:38yang dianggap sebagai satu detik penting dan juga satu detik yang cukup sejarah dalam mana meletakkan kedudukan Malaysia dalam ekonomi serantau.
09:47Dan kalau saya petik pada apa yang disebutkan oleh PMX ataupun dari Menteri Dato' Sri Aru Ibrahim,
09:52pembangunan Mahalini Freeport bakal membentuk semua landscape ekonomi Johor termasuk Melaka serta negeri yang berhampiran
09:58sekaligus mengangkat Malaysia sebagai hub tenaga, logistik dan pelabuhan strategik di rantau Asia Tenggara.
10:06Dan tambahnya lagi, kalau berdasarkan lipatan sejarah maritim negara, khususnya warisan Kesultanan Melaka dalam perdagangan rempah dan pelayaran
10:15menjadi asas kepada hala tujuh baru ini yang mendekankan adik bangsa pelaut dan kemampuan Malaysia bersaing di pentas antarabangsa.
10:23Jadi bagaimana melihat kepada signifikannya pembukaan Mahalini Freeport ini sebagai satu game changer yang baru
10:29yang diletakkan oleh kerajaan untuk kita terus kekal relevan dan terus kita menguasai apa kelebihan kita selama ini.
10:38Tuan Abdul Azim.
10:39Mahalini Freeport ini membawa makna yang penting kerana ia mencerminkan evolusi pendekatan Malaysia terhadap pelabuhan bebas.
10:47Bukan sekadar pelabuhan fizikal atau zoom pengecualian cukai, tapi juga termasuk ekosistem perdagangan logistik modern
10:53selaras dengan perubahan rantaian bekalan global.
10:56Fokus utama pada masa ini adalah berkenaan dengan industri minyak dan industri minyak ini termasuk juga
11:03Deep Sea Waterport yang memberikan akses kepada Mahalini Freeport ini untuk digunapakai oleh kapal-kapal besar
11:10yang boleh berlabuh di situ dan juga menggunakan laluan di selat Melaka.
11:17Yang perlu ditekankan bahawa Mahalini Freeport telah dirasmikan dan dibuka untuk operasi
11:22dengan status pelabuhan bebas yang telah digazetkan iaitu pada 29 November 2025.
11:27ia jelas memberikan isyarat bahawa kepada pasaran bahawa projek ini bukan sekadar perancangan
11:33tapi sudah memasuki fasa pelaksanaan dan sekadar pengetahuan saya telah beberapa kapal telah pun
11:39berlabuh di situ setakat ini kapal-kapal besar yang membawa minyak dan oleh itu dari sudut maklamat
11:46saya difahamkan bahawa Mahalini Freeport bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia
11:50dalam rataian bekalan global khususnya di laluan selat Melaka
11:54menyahpusatkan aktiviti logistik supaya tidak terlalu tertumpu kepada pelabuhan sedia ada
11:59yang kita ketahui di rantau ini.
12:02Merangsangkan pertubuhan ekonomi wilayah terutamanya di Johor dan kawasan sekitarnya
12:07dan juga menarik aktiviti bernilai tambah seperti perdagangan tenaga, pergudangan, perprosesan semula dan logistik serantau.
12:15Pada masa hadapan juga mungkin tenaga boleh dijana semula juga boleh difokuskan berkenaan dengan Mahalini Freeport ini.
12:24Oleh itu dalam konteks ini Mahalini Freeport bukan sekadar projek pelabuhan
12:29tetapi juga ujian keupayaan tatbik urus Malaysia dalam membangunkan hub perdagangan yang berdaya saing
12:35mampan dan yakini pelabuhan antarabangsa.
12:45Bagaimana untuk melihat perpembangunan FTP HANA sebagai satu inisiatif Cina untuk memperluaskan keterbukaan kepada dunia?
13:02Kenapa saya tanyakan ini?
13:04Kerana di salah satu bahagian di dunia ini kita tahu sepanjang tahun ini cukup menjadi tumpuan.
13:10ada satu ekonomi dunia yang cuba untuk menutup keterbukaan tetapi Cina cukup lantang sekali
13:17menegakkan perlunya ada konsep keterbukaan dalam ekonomi.
13:23Jadi bagaimana dan juga sejauh mana Hainan FTP ataupun pelabuhan perdagangan bebas Hainan ini
13:30boleh menjadi satu rintis ataupun pemula untuk membuktikan bahawa keterbukaan ekonomi
13:37mampu juga menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan dan juga dari segi kerjasama menang-menang
13:45win-win corporation ini?
13:47Satria, saya rasa kalau FTP bukan tak kira dia di Cina atau di Malaysia
13:52sebenarnya dia ada satu fungsi yang sama iaitu atau kita memberikan satu sikat yang sama
13:57iaitu kita menyokong perdagangan bebas, menyokong rantaian perkara yang beroperasi rancang di seluruh dunia di global
14:05dan macam kalau di Cina sebenarnya kita mendapat faedah yang cukup besar dari percubaan FTP
14:12kerana kita tahu kalau dulu di Cina ketika dia baru membuka pintu pada tahun 1980-an
14:19ada beberapa tempat yang menjadi perabuhan FTP yang pertama, kumpulan pertama
14:25termasuk macam Shenzhen, macam Pudong di Shanghai
14:28dan sebenarnya lantang-lantang atau kawasan-kawasan tersebut
14:33seterusnya semuanya menjadi pusat ekonomi di Cina
14:36jadi ini sudah mencerminkan juga membuka pintu atau melaksanakan berbagai percubaan
14:44macam bebas cukai kepada semakin banyak produk atau perkhidmatan dari luar
14:49ini memang akan menjadi merangsang ekonomi tempatan
14:53jadi kali ini kita melihat kalau seluruh pulau Hainan
14:57dia menjadi satu FTP atau melaksanakan operasi kustom khas
15:02dia kalau kita lihat keluasannya jauh lebih besar daripada Shanghai
15:07atau dari Shenzhen
15:11jadi ia boleh dilihat sebagai satu dasar amat penting bagi kerajaan pusat Cina
15:17supaya menjadikannya satu penjana ekonomi yang baru bagi Cina
15:22ekonomi Cina pada masa depan
15:23pada masa yang sama kita pun boleh lihat
15:25seiring dengan perkembangan ekonomi di Cina
15:28sebenarnya keperluan pengguna Cina terhadap berbagai konsumen
15:35atau barangan-barangan yang boleh digunakan semakin meningkat
15:39kita perlu lebih banyak produk dari luar negara yang berkualiti tinggi
15:43yang sudah tentu lah kalau harganya boleh lebih murah lebih baik lah
15:48jadi kawasan perkembangan bebas ini akan memainkan peranan ini
15:51dia akan menarik semakin banyak produk yang berkualiti
15:54masuk ke Cina dengan harga yang lebih boleh diterima oleh pengguna di Cina punya
16:00saya rasa ini juga bermakna atau signifikan bagi beberapa syarikat-syarikat di luar negara
16:07kerana kita tahu kalau dulu beberapa produk masuk ke pasaran Cina
16:12masih boleh dikatakan akan dikenalkan tarif cukai
16:15tapi dengan adanya percubaan atau custom khas di Hainan
16:21dia boleh menjadi satu saluran
16:23macam dulu saya sudah memperkenalkan
16:26kita boleh melabur untuk memproseskan produk atau asli
16:33atau sumber asli atau produk asalnya
16:36dengan menggunakan sebahagian bahan-bahan dari domestik dari Cina punya
16:42supaya nilai tambahannya menjadi lebih tinggi
16:45melebihi 30%
16:47dia boleh langsung memasuki pasaran di Cina
16:49ini bukan hanya akan membawa
16:51pelabur mendapat lebih banyak faedah
16:55mendapat lebih banyak keuntungan
16:58pada masa yang sama
16:58yang saya rasa bagi pengguna di Cina
17:01kita pun amat mengalukan berbagai produk yang
17:04sangat berkualiti, sangat murah dari seluruh dunia
17:07ok
17:08saya kembali kepada Tuan Abdul Aziz
17:10sebelum saya nak tanyakan apa kerjasama strategi yang boleh dijalankan
17:13untuk Malaysia dan Cina
17:14dalam soal pelabuhan perdagangan bebas ini
17:16apa mungkin untuk Maharani Freeport ini
17:19apa mungkin membezakan Maharani Freeport
17:21dengan pelabuhan sedia ada seperti Port Klang
17:23dan juga Tanju Pelepas
17:25dan apa perkara ataupun langkah undang-undang
17:28ataupun peraturan yang perlu diperkukukan
17:31untuk memastikan Maharani secara khususnya
17:34tidak menjadi pusat aktiviti haram
17:36seperti penyelurupan
17:37itu satu
17:38dan keduanya dalam bahasa yang paling mudah
17:39kita bercerita pasal angka-angka ekonomi itu
17:42mungkin di peringkat akad umbi
17:45ataupun di peringkat bawahannya
17:47nak tahu juga
17:47Maharani Freeport ini apa untungnya
17:50selain daripada kita cakap tentang pekerjaan
17:52tadi disebutkan oleh Satria
17:54kalau dibuat perbandingan di Hainan
17:56perkara paling mudah
17:57orang memang suka barang berkualiti yang murah
17:59jadi untuk Maharani Freeport ini
18:01apa nilai tambah yang khususnya rakyat akan dapat
18:05Tuan Abdul Azim
18:06ok
18:07yang terutamanya bagi Maharani Freeport ini
18:10telah disebutlah
18:11potensi peluang pekerjaan yang tinggi
18:14tambah nilai di situ
18:15juga industri-industri lain yang boleh dijalankan di situ
18:20terdapat beberapa pulau yang telah di develop
18:23di kawasan itu
18:25dan pulau itu termasuk di dalam Maharani Freeport
18:28dan seperti mana di Hainan juga
18:30perkara-perkara barang-barang yang dibawa masuk ke dalam
18:34kawasan Freeport itu boleh diproses
18:36boleh ditambah nilai
18:37dan juga seterusnya boleh ditranship ke negara-negara lain
18:40di Serantau ASEAN
18:41dan oleh itu
18:42pihak-pihak pengelola dan pihak-pihak
18:46yang akan melaksanakan perkara-perkara ini
18:49boleh membuat perkara-perkara
18:51atau produk-produk tambah nilai
18:53kepada perkara-perkara yang diimport ke dalam Malaysia
18:56dan yang paling penting perkara ini
18:58tidak masuk ke dalam
18:59sempadan Malaysia oleh itu
19:01cukai yang dikenakan juga adalah
19:03sangat kurang ataupun tiada langsung
19:05berdasarkan dengan undang-undang yang ada
19:08berkenaan dengan aktiviti penyeludupan
19:11saya percaya bahawa pihak-pihak berkuasa Malaysia
19:13sangatlah perhatian terhadap perkara ini
19:15dan sangat juga berpengalaman
19:17kenaan perkara-perkara ini
19:18sebab ini bukan pertama kali
19:21Malaysia mempunyai zon bebas cukai
19:23dan juga berkenaan dengan
19:25pembawaan masuk barang-barangan
19:27yang ditarifkan dan perlu dicukaikan
19:30saya percaya bahawa
19:32pihak-pihak custom mempunyai sistem-sistem
19:34sebagai contoh sistem otomasi dan sebagainya
19:37untuk memastikan bahawa barang-barangan ini
19:40tidak terlepas masuk ke dalam Malaysia
19:42tanpa dibayar cukai dan duiti yang sepatutnya
19:46Ok, saya ada 5 minit akhir ini
19:48saya ajukan soalan yang sama
19:51untuk Tuan Azim dan juga Satria
19:52berkaitan dengan kerjasama strategik
19:55untuk Malaysia dan juga Cina
19:57khususnya terkait tentang
19:58pelabuhan perdagangan bebas ini
19:59saya mulakan dengan Tuan Azim dahulu
20:01apa mungkin sektor yang paling menarik
20:05ataupun yang perlu diterokai
20:07untuk Malaysia menarik pelaburan daripada Cina
20:13Tuan Azim dan kemudian untuk Satria
20:16daripada sudut FTP Hainan sendiri
20:19apa selain daripada tadi disebutkan
20:21durian dan perkara-perkara lain
20:22apa mungkin sektor dan mungkin syarikat-syarikat
20:24yang menjadi sasaran untuk Cina
20:28daripada Malaysia untuk FTP Hainan
20:31Tuan Azim dahulu
20:32Ok, saya percaya bahawa kerjasama
20:35antara Malaysia dan Cina
20:36dalam pembangunan di sekitar sektor ini
20:40adalah sangat signifikan
20:41termasuk juga pembangunan pelabuhan bebas
20:45kita lihat Hainan Free Trade Port
20:47sebagai satu eksperimen besar
20:49liberalisasi perdagangan pelabuhan oleh Cina
20:51ini boleh memberikan contoh
20:53bagaimana kita nak melaksanakan perkara ini
20:57dengan juga mengaplikasikan undang-undang
20:59dan model kita yang tersendiri
21:01saya juga percaya dan bahawa
21:03Malaysia boleh menjadi sebagai
21:05entry pathway
21:06iaitu gateway kepada serantau ini
21:09bagi peng-export-peng-export dari Cina
21:12yang boleh menggunakan Mahal Rani Free Port
21:14sebagai contoh
21:15untuk mentranshipkan
21:17barang-barang buatan dari Cina
21:19kepada serantau ASEAN
21:22dan kita perlu menekankan bahawa
21:24lokasi kita sangatlah strategik
21:26iaitu di laluan selat Melaka
21:28yang sangatlah sibuk
21:29dan kita boleh tap into perkara ini
21:32dan mengambil peluang ini
21:34untuk meningkatkan
21:35perdagangan serantau kita
21:37Ok, Satria?
21:40Ya, saya rasa
21:41sebenarnya kali ini
21:42kita perlu
21:43memberi tumpuan kepada
21:45operasi customer khas di Hainan
21:48sebab saya rasa ini menandakan
21:50peralihan pusat ekonomi di dunia
21:53kita tengok kalau dulu di kawasan ini
21:55yang menjadi hub
21:56atau memainkan peranan yang hampir sama
21:58dengan Hainan
21:59sebenarnya merupakan Singapura
22:00jadi ini dia menjadi pusat
22:03atau hub bagi
22:04pengangkutan serantau
22:06atau perdagangan bebas serantau
22:08kerana dia dulu
22:10di bawah sistem ekonomi
22:12Britain dan selepasnya Amerika Syarikat
22:14dan dengan sistem ini kita boleh lihat
22:17kalau kontenant dari Indonesia
22:19pergi ke China
22:20dulu pergi
22:21perlu pergi ke Singapura dulu
22:23untuk memuat turun
22:24nanti naik kapal lagi
22:26pergi ke China lagi
22:27tapi kali ini
22:28kita tengok setelah adanya
22:30pelabuhan Yangpu di Hainan
22:33sudah ada pengangkutan langsung
22:36kargo yang langsung
22:37dari Indonesia pergi ke Hainan
22:40masuk ke FTP Hainan punya
22:43jadi ini bukan hanya
22:45memberi peluang kerjasama
22:46macam membuka kilang pemprosesan
22:49sebenarnya banyak menjima kos
22:51dan juga masa
22:53untuk pengangkutan dalam laut
22:55dan pada masa yang sama
22:56kita pun boleh lihat
22:58semakin sebenarnya kita tahu
23:01kalau sekarang
23:02tengah adanya
23:04satu pelabuhan yang lebih
23:06besar di Hainan
23:08lebih modern di sana
23:09dia banyak menggunakan teknologi robot
23:12AI hingga menjadi pelabuhan
23:14lampu hitam
23:16iaitu dia boleh operasi
23:17secara otomatik
23:1824 jam
23:20jadi keefisiennya
23:21meningkatkan
23:22ditingkatkan secara besar
23:23sehingga beransur
23:25mungkin
23:26Hainan atau
23:27berbagai pelabuhan di Hainan
23:29akan memainkan peranan
23:30atau
23:31mengambil
23:32peranan yang dimainkan
23:34oleh Singapura pada masa ini
23:35dan pada masa yang sama
23:36saya rasa
23:37Malaysia
23:37atau berbagai negara-negara
23:38jalan kita
23:39patutlah menggunakan
23:40peluang ini
23:41supaya
23:41bukan hanya menurunkan kos
23:43dan juga mendapat
23:44lebih banyak keteningan
23:45ok baik
23:47terima kasih Satria
23:48ataupun Zhang Hong
23:49wartawan dan juga
23:49komunis daripada CMG
23:51Kepulauan Media China
23:52dan juga Tuan Azim Abdul Razak
23:54Prinsipal Rahmat Lim
23:55and Partners
23:56yang mana kedua-duanya
23:57berkongsi pandangan
23:58melihat kepada
23:58signifikannya
24:00pelabuhan
24:01perdagangan
24:02bebas
24:02Hainan di China
24:03dan juga
24:04Maharani Freeport
24:05di Malaysia
24:07kerana akhirnya
24:08VC kita sama
24:09baik di China
24:10dan juga di Malaysia
24:11untuk Maharani
24:11dan juga Hainan ini
24:12untuk memastikan
24:13keterbukaan ekonomi
24:15pelaburan diraihkan
24:16dan juga ditambah baik
24:18dan juga membina
24:19ekosistem
24:19industri modern
24:21terima kasih kedua-duanya
24:22saya kira itu saja
24:23untuk waktu ini
24:24dalam agenda
24:25Awani Asia
24:26Selamat Tahun Baru
24:27kepada semua
24:27semoga
24:28pertumbuhan ekonomi yang makmur
24:30untuk China
24:31Satri Ayam
24:31dan juga pastinya
24:32untuk Malaysia
24:34saya kira itu saja
24:34untuk waktu ini
24:35agenda Awani Asia
24:36saya Fawzi Zin
24:36Selamat malam
24:37Terima kasih telah menonton
Comments

Recommended