Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Hujan lebat dua jam setengah cetus banjir kilat di Pulai Raya, Simpang Pulai, Ipoh, Perak lewat malam tadi, menjejaskan 21 rumah tanpa PPS dibuka.
Transcript
00:00Dalam pada itu, hujan lebat berterusan sekitar 2,5 jam menyebabkan berlaku banjir kilat di Pulai Raya Taman Muda, Simpang Pulai Ipoh, Perak lewat malam tadi.
00:11Pusat Kawalan Operasi Daerah PKOD, Angkatan Pertahanan Awam APM Daerah Kinta dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 9.31 malam.
00:23Menurutnya, sebanyak 21 buah rumah di Lorong Pulai Raya 4 terjejas apabila dimasuki air tetapi tiada pusat pemindahan sementara PPS dibuka.
00:33Paras air mula menurun kepada 0.3 meter kira-kira jam 1.06 pagi sebelum turun lagi ke paras 0.22 meter tidak lama kemudian.
00:45Menurut laporan itu lagi, banjir itu dipercaya berpunca apabila sistem saliran tersumbat disebabkan projek perumahan baru.
00:53Jelasnya lagi hujan telah berhenti dan kerja-kerja mengorek saliran yang tersumbat menggunakan jengkau telah selesai dijalankan.
01:01Ahli Dewan Undangan Negeri, Adun Simpang Pulai, Wong Chai Yi serta pegawai dari Majlis Bandaraya Ipoh, MBI turut melawat kawasan yang terjejas.
01:10Terima kasih.
01:11Terima kasih.
01:11Terima kasih.
01:13Terima kasih.
01:14Terima kasih.
01:16Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended