Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Polis membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya.
Transcript
00:00Polis membuka satu kertas siasatan berhubung dawaan pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
00:06Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Dato' Rusdi Muhammad Isa berkata siasatan itu dilakukan mengikut Seksyen 468 Kan Kesiksaan kerana memalsukan dokumen.
00:20Rusdi memberitahu setakat ini, dua individu sudah direkodkan keterangan.
00:24Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya berhubung dawaan itu.
00:33Pemangku Presidennya, Dato' Yusof Mahdi berkata, tindakan itu diambil selaras dengan Saranan Jawatankuasa Siasatan Bebas, atau IIC, yang dipengurusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mat Raus Syarif, selepas jawatan kuasa berkenaan menyiapkan laporan siasatan mereka, baru-baru ini.
00:48Terdahulu, IIC dalam laporan penuh siasatan mengumumkakan tiga cadangan kepada FAM, sesuai isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan, Harimau Melayah.
00:59Antara cadangan yang diberikan IIC kepada FAM, termasuk segera membuat laporan polis untuk membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan penuh dan sewajarnya.
01:07Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended