China lancar laluan kereta api laju Xi’an–Yan’an sejauh 299 km, memendekkan masa perjalanan kepada 68 minit dan menjadikan rangkaian kereta api laju negara melebihi 50,000 km.
00:00Laluan kereta api laju sejauh 299km yang menghubungkan bandar Xi'an dan Yan'an di wilayah Shanxi, barat laut China, mula beroperasi secara rasmi pada Jumaat.
00:13Ia sekaligus menjadikan jumlah panjang rangkaian kereta api laju negara itu melebihi 50,000km.
00:21Pembukaan rasmi laluan baru itu bermula dengan operasi tren laju Fouzing dari Yan'an menuju ke ibu negeri Xi'an.
00:28Yan'an dikenali sebagai tapak penting dalam sejarah revolusi China dan terletak di kawasan perbukitan utara Shanxi.
00:36Laluan berkenaan melalui bandar Wen'an dan Tongchuan serta berhenti di 8 stesen baru iaitu Gaoling, Fuping Selatan, Tongchuan, Tongchuan Utara, Yijun, Huangling, Lokchuan dan Fuzian Utara.
00:47Laluan Xi'an dan Yan'an direka untuk kelajuan sehingga 350km sejam dan merupakan sebahagian penting rangkaian kereta api laju nasional China yang merangkumi 8 laluan utama dari utara ke selatan dan 8 laluan dari timur ke barat.
01:02Pada peringkat awal operasi sehingga 38 perkhidmatan tren disediakan setiap hari dengan masa perjalanan antara stesen Xi'an Utara dan Yan'an dipendekkan kepada hanya 68 minit iaitu 62 minit lebih cepat berbanding tren penumpang biasa sebelum ini.
01:18Pembangunan itu dilihat mempercepat integrasi wilayah serta menyokong pertumbuhan kluster bandar di seluruh China.
01:23Pembangunan itu dilihat mempercepat integrasi wilayah serta menyokong pertumbuhan kluster bandar di seluruh China.
Be the first to comment