Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pemain gitar dan keyboard The Cure, Perry Bamonte, meninggal dunia pada Hari Krismas selepas sakit singkat. Beliau bersama kumpulan sejak 1990 dan tampil dalam lebih 400 persembahan.
Transcript
00:00Pemain keyboard dan gitar dalam kumpulan indie rock terkenal England, The Cure, Perry Bumon, dilaporkan meninggal dunia pada usia 65 tahun.
00:09Kumpulan itu mengesahkan berita pemergian itu melalui laman web mereka pada Jumaat.
00:14Dalam satu kenyataan, The Cure memaklumkan Bumon meninggal dunia selepas mengalami kesakitan singkat pada Krismas.
00:21Bumon menjadi ahli sepenuh masa The Cure sejak 1990 memainkan gitar, bass dan keyboard serta tampil dalam lebih 400 persembahan.
00:33Dilahirkan di London, England pada 1960, Bumon menyertai kru jelajahan kumpulan itu pada 1984 bekerja bersama adiknya Daryl yang merupakan pengurus jelajah The Cure.
00:45Beliau mula bekerja sebagai pembantu kepada pengasas dan vokalis utama Robert Smith sebelum menjadi ahli penuh selepas keyboardist Roger O'Donnell meninggal dunia, meninggalkan kumpulan itu pada 1990.
00:58Album pertama Bumon bersama The Cure adalah Wish pada 1992 dan beliau terus bekerjasama dalam tiga album seterusnya.
01:05Selain kerjaya muzik, Bumon muncul dalam beberapa filem termasuk Judge Dread, About Time dan The Crew.
01:15Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended