Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kerajaan akan melaksanakan program percubaan kawal selia atau 'Sandbox', mulai 1 Januari depan, untuk menilai mekanisme perlindungan kanak-kanak dan keselamatan pengguna dalam ruang digital.
Transcript
00:00Kerajaan akan melaksanakan program percubaan kawal selia atau sandbox mulai 1 Januari depan untuk menilai mekanisme perlindungan kanak-kanak dan keselamatan pengguna dalam ruang digital sebelum menguatkuasakannya secara menyeluruh.
00:15Menteri Komunikasi Datuk Sri Fahmi Fazil berkata, pelaksanaan pendekatan itu akan melibatkan serahan jaya komunikasi dan multimedia Malaysia MCMC serta beberapa platform media sosial yang dikenal pasti.
00:25Beliau berkata, langkah itu bakal memberi ruang kepada kerajaan dan penyedia platform untuk menilai keupayaan teknikal sedia ada serta menguji mekanisme kawal selia secara terkawal.
00:38Sandbox merujuk kepada satu kerang keujian kawal selia yang lazim digunakan dalam sektor teknologi dan digital.
00:44Dengan pihak berkepentingan, dibenarkan menguji pendekatan mekanisme atau teknologi baru dalam persekitaran terkawal sebelum pelaksanaan penuh.
00:52Melalui proses itu, pengawal selia akan dapat menilai keberkesanan, risiko dan implikasi pelaksanaan sesuatu dasar manakala pihak industri pula diberi ruang untuk menyesuaikan keupayaan teknikal serta operasi mereka selaras dengan keperluan perundangan.
01:06Fahmi berkata program percubaan itu akan berlangsung selama beberapa bulan bagi memastikan sebarang langkah diperkenalkan benar-benar berkesan dan tidak mudah dimanipulasi, khususnya dalam usaha melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian.
01:18Pelaksanaan sandbox itu memberikan masa dan ruang kepada kedua-dua pihak iaitu kerajaan serta platform untuk menilai keberkesanan mekanisme dan menutup kelemahan sistem sebelum diperluaskan kepada orang awam.
01:29Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended