Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari gesa golongan belia kekal aktif minda dan jasmani serta sertai program sahsiah untuk persiapkan diri sebagai pemimpin masa depan.
Transcript
00:00Golongan belia perlu kekal aktif serta sihat dalam aspek minda dan jasmani agar mampu membentuk idealizm sekaligus menjadi individu yang berwibawa.
00:09Menteri Belia dan Sukan Dr. Muhammad Tawafiq Johari berkata mereka juga perlu mempersiapkan diri supaya dapat menggalas tanggungjawab lebih besar termasuk untuk menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.
00:20Kita nak mempersiapkan anak muda bukan hanya menjalani kehidupan sehari-hari tetapi yang lebih penting adalah belia yang boleh mampu untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar lagi di masa yang akan datang iaitu menjadi pemimpin negara.
00:34Sebab pemimpin datang dan pergi tetapi anak muda belia itu tidak terhenti di sini. Ia berterusan dan ini perlu diisi dengan pelbagai program membina sahsia jati diri anak muda itu sendiri.
00:44Beliau berkata demikian selepas merasmikan dan melepaskan peserta larian bersempena dengan Hari Aspirasi Belia Negeri Kedah 2025 yang diadakan di Pekarangan Muzium Negeri Kedah.
00:54Katanya program yang dihancurkan oleh gerakan belia 4B Negeri Kedah itu dilihat sebagai satu medium serta wadah kepada golongan belia untuk mengutarakan aspirasi dan aspirasi yang ada.
01:04Program seperti ini jelasnya perlu ada kesinambungan kerana persatuan ini ialah satu jambatan antara kerajaan dengan belia di peringkat akar umbi.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended