Yayasan Komuniti Dan Pendidikan Malaysia atau MCEF melancarkan biasiswa mendaki, satu inisiatif baharu yang disifatkan sebagai pelaburan jangka panjang negara dalam melahirkan bakat stem berdaya saing global.
00:00Yayasan Komuniti dan Pendidikan Malaysia atau MCEF melancarkan Biasiswa Mendaki, satu inisiatif baru yang disifatkan sebagai pelaburan jangka panjang negara dalam melahirkan bakat STEM berdaya saing global.
00:15Pelancaran Biasiswa penuh itu berlangsung sempena sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhan MCEF yang selama lima dekad konsisten memperkasa pendidikan, kebajikan dan pembangunan komuniti di seluruh negara.
00:30Presiden MCEF Ken Pushpanaden berkata, Biasiswa itu diwujudkan sebagai usaha strategik membangunkan modal insan berkemahiran tinggi selari keperluan ekonomi digital dan teknologi masa hadapan negara.
00:45Bermula sesi 2025, Biasiswa Mendaki ditawarkan sebagai Biasiswa penuh peringkat ijazah meliputi yuran pengajian, penginapan serta allowance hari hidup sekaligus memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembelajaran dan pembangunan diri pelajar.
01:01Sejak ditubuhkan, MCEF telah menyalurkan lebih RM152 juta memberi manfaat kepada lebih 65,000 pelajar dan institusi melalui tiga teras utama iaitu pendidikan, kebajikan dan pembangunan komuniti.
01:14Antara program berimpak tinggi ialah skim pinjaman pelajar MCEF, pinjaman tanpa faedah yang boleh ditukar kepada Biasiswa penuh bagi keraduan ijazah kelas pertama yang setakat ini menyokong lebih 2,000 pelajar cemerlang.
01:27Pelancaran Biasiswa Mendaki juga menjadi simbol harapan baru dalam melahirkan generasi inovator STEM yang bakal memacu daya saing dan kemajuan negara.
Be the first to comment