Selangor bersedia bekerjasama dengan atlet Muay Thai negara, Johan Ghazali atau Jojo, bagi memperkukuh ekosistem latihan dan pembangunan sukan Muay Thai di peringkat negeri.
00:00Selangor bersedia menjalin kerjasama dengan atlet profesional Muay Thai Negara, Johan Ghazali atau Jojo, bagi memperkukuh pembangunan sukan tersebut di peringkat negeri.
00:09Esko Belia Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najuan Halimi berkata, pertemuan dengan Jojo semalam membuka ruang perbincangan awal mengenai cadangan naik taraf ekosistem latihan Muay Thai di negara.
00:21Menurutnya, Jojo menyatakan hasrat dan komitmen untuk berperanan lebih aktif dalam pembangunan sukan Muay Thai dalam skala lebih besar.
00:28Dalam pertemuan itu, Jojo turut berkongsi pengalaman menjalani latihan di Bangkok dan mengemukakan cadangan bagi memacu perkembangan Muay Thai di Selangor.
00:37Mohd Najuan berkata, kerajaan negeri meneliti penubuhan hub atau pusat latihan khusus kerana ramai atlet kini berlatih di klub kecil tanpa akses kepada kemudahan berskala besar.
00:48Jojo juga menawarkan diri sebagai jurucakap atlet Muay Thai kerana pengaruhnya dalam kalangan Belia semakin meningkat.
00:54Belia menegaskan tindakan susulan akan digerakkan tahun depan bagi memperkukuh pembangunan sukan Muay Thai melalui pendekatan profesional.
Be the first to comment