Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia memaklumkan kerja turapan laluan FT54 kekal sedang dilaksanakan dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 15 Disember 2025.
00:00Sesudahan aduan penduduk Aman Putri kepada Astro Awani mengenai keadaan turapan jalan di laluan FT54, Daerah Petaling, Jabatan Kerja Raya JKR Malaysia memaklumkan kerja turapan kekal sedang dilaksanakan dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 15 Disember 2025.
00:17JKR Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bersama JKR Negeri Selangor menegaskan mengambil serius setiap aduan yang dibangkitkan dan akan melaksanakan penambahbaikan.
00:27Ini termasuk melalui pemantauan bersama koridor utiliti Selangor-Kussel bagi memastikan kualiti kerja berada dalam keadaan optimum.
00:37Menurut JKR, permohonan bagi kedua-dua projek berkenaan adalah melalui Kussel yang berperanan sebagai agensi sehenti atau USA penilaian pembangunan infrastruktur koridor utiliti di negeri Selangor dan permit kerja dikeluarkan oleh JKR Daerah Petaling.
00:52Bagaimanapun hasil pemantauan berkala JKR Daerah Petaling mendapati, kualiti kerja turapan dan tampalan yang dilaksanakan oleh syarikat pemaju di laluan tersebut adalah tidak memuaskan.
01:04Sehubungan itu, JKR Negeri Selangor telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama AIS Selangor Srembar Hat atau AIS dan Saim Dhabi Property SDP pada 19 November 2025.
01:16Mesyuarat tersebut memutuskan kerja korekan baru perlu dihentikan serta merta, manakala kerja tampalan sementara dan penambahbaikan pengurusan trafik di tapak perlu dilaksanakan dengan segera.
01:28Kerja turapan kekal pula dijadwalkan bermula 1 Disember hingga 15 Disember 2025 dari jajaran Aman Puteri Kesaujana Utama bagi arah Kuala Selangor.
01:39Hasil semakan JKR Negeri Selangor mendapati laluan berkenaan merupakan Jalan Persekutuan FT54 Daerah Petaling di mana terdapat dua projek sedang dilaksanakan iaitu penggantian dan pemasangan pipe air pakej 44B dan 44C dari persimpangan Pasar Malam Payajara sehingga ke SJKT Bukit Darah berdekatan persimpangan sojana utama oleh AIS dengan tempoh kerja bermula September 2024 hingga Jun 2026.
02:07Penyelenggaraan jalan bagi projek penjajaran Utiliti Elektrik TNB 275kV dari persimpangan Aman Puteri ke SJKT Bukit Darah oleh SDP dengan tempoh kerja bermula Mei 2025 hingga Disember 2025.
02:22Sementara itu, JKR menegaskan pihaknya akan terus memantau pelaksanaan kerja berkenaan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya sentiasa terjamin.
Be the first to comment