Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Kebakaran dipercayai akibat bateri litium di pejabat Terra Drone Jakarta ragut 22 nyawa, dengan operasi bomba besar-besaran dikerah.
Transcript
00:00Pihak berkuasa tempatan di Jakarta sahkan seramai 22 orang terkorban dalam kebakaran di bangunan pejabat Terra Drone di Jakarta Pusat pada Selasa.
00:09Dwi Septianto, Pekawai Kanan Jabatan Penerangan Pejabat Bomber Jakarta Pusat, maklumkan 29 jentera bomber dan 101 anggota bomber dikerahkan untuk memadamkan kebakaran itu.
00:21Bomber menerima maklumat mengenai kebakaran pada 12.43 tengah hari dan anggota dikerah ke lokasi.
00:27Menurutnya, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada sebuah bateri litium di tingkat pertama bangunan itu.
00:34Kebakaran itu berjaya dikawal pada 5.05 petang waktu tempatan.
00:38Ketua Agensi Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Jakarta, Isnawa Adji berkata, mangsa terdiri daripada 7 lelaki dan 15 wanita.
00:46Beliau turut tidak menolak kemungkinan angka korban meningkat.
00:50Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Polis Keramat Jati di Jakarta Timur.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended