Australia kuatkuasa larangan media sosial bawah 16 tahun bagi lindungi kesihatan mental dan keselamatan digital kanak-kanak melalui undang-undang baharu.
00:00Australia mula menguatkuasakan larangan penggunaan media sosial untuk kanak-kanak bawah 16 tahun yang disifatkan sebagai yang pertama seumpamanya di dunia dengan undang-undang itu berkuatkuasa sepenuhnya pada Rabu.
00:12Langkah itu menandakan perubahan besar dalam tatbik urus digital global sekaligus menetapkan penanda aras baharu mengenai bagaimana kerajaan di seluruh dunia boleh bertindak bagi melindungi pengguna muda dalam talian.
00:23Perdana Menteri Australia Anthony Albanese menyifatkan langkah itu sebagai penting untuk memastikan kanak-kanak mempunyai zaman kanak-kanak mereka dengan undang-undang Persekutuan kini mewajibkan platform media sosial mengambil langkah munasabah untuk menyekat akaun bawah umur.
00:41Undang-undang baru itu dikenali sebagai Akta Pindahan Keselamatan Dalam Talian atau Umum Minimum Media Sosial 2024 diluluskan oleh Parlimen Australia pada November tahun lepas.
00:51Platform yang tertakluk kepada larangan termasuk TikTok, Facebook, Instagram, Snapchat, X, dahulunya Twitter, Reddit dan YouTube.
01:00Di bawah undang-undang itu, tanggungjawab pematuhan terletak sepenuhnya pada syarikat teknologi dan bukan ibu bapa atau pengguna muda.
01:08Syarikat yang gagal menguatkuasakan had umur boleh dikenakan penalti sistematik termasuk denda sehingga $32 juta.
01:15Tiada penalti dikenakan terhadap kanak-kanak yang cuba mengelak sekatan atau terhadap ibu bapa mereka.
01:22Walaupun larangan ini meliputi suapan media sosial arus perdana, beberapa pengecualian telah diperkenalkan bagi mastikan pengguna muda kekal mendapat akses kepada perkhidmatan penting dalam talian.
01:33Aplikasi pesanan seperti WhatsApp dan Messenger Kids, adat pendidikan seperti Google Classroom dan YouTube Kids, serta platform permainan dalam talian dan perkhidmatan sokongan kesihatan mental masih boleh diakses.
01:45Kerajaan Australia berkata langkah itu bertujuan mengurangkan kesan buruk media sosial terhadap kesihatan mental dan perkembangan kanak-kanak dan remaja.
01:53Langkah ini menarik perhatian global dengan negara-negara lain memantau pelaksanaannya serta kesan terhadap keselamatan digital.
02:02Syarikat teknologi utama telah memulakan usaha pematuhan.
02:05Beberapa laporan media menyatakan, Meta telah mula menyahaktifkan akaun pengguna bawah 16 tahun di Instagram dan Facebook sejak awal minggu ini.
02:14Platform-platform berkenaan dijangka menggunakan teknologi penentuan umur termasuk keceder sembuatan dan alat anggaran umur melalui wajah untuk mengesahkan pengguna dan menyekat mereka yang di bawah umur minimum.
02:26Pengguna bawah 16 tahun yang cuba mengakses platform berkenaan, kini akan menerima notifikasi bahawa akaun mereka telah disekat atau dinyahaktifkan.
Be the first to comment