Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Skor tinggi dalam aspek kestabilan politik, kedaulatan undang-undang, kualiti institusi, kawalan rasuah, serta hak asasi manusia dan kebebasan politik, menyokong pengesahan semula penarafan kredit berdaulat Malaysia.
Transcript
00:00Skor tinggi dalam aspek kestabilan politik, kedaulatan undang-undang, kualiti institusi, kawalan rasuah serta hak asasi manusia dan kebebasan politik menyokong pengesahan semula penarafan kredit berdaulat Malaysia pada PBB Plus dengan tinjauan oleh Fitch Ratings.
00:18Perdana Menteri Dato' Siano Ibrahim menyifatkan pengesahan Fitch sebagai bukti kekuatan struktur ekonomi negara selain diperkukuh prestasi cemerlang Malaysia dalam penunjuk utama alam sekitar, sosial dan tak biurus ESG.
00:33Katanya Malaysia berjaya mengharungi ketidaktentuan tarif yang mencorakkan sebahagian besar tahun ini yang berakhir dengan satu perjanjian saling menguntungkan bagi menyokong ekspor serta memperkukuh kedudukan ekonomi negara.
00:48Dalam satu kenyataan beliau berkata Menteri Keuangan menegaskan walaupun keadaan global kekal mencabar, kerajaan akan terus melaksanakan reformasi yang digariskan di bawah kerangka ekonomi madani.
01:00Terdahulu, Fitch menegaskan Malaysia mencapai skor dalam ESG tinggi terutama dalam aspek kestabilan politik, kedaluatan undang-undang, kualiti institusi, kawalan rasuah serta hak asasi manusia dan kebebasan politik yang menjadi pelengkap penting kepada keyakinan pelabur terhadap keteguhan asas ekonomi negara.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended