Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Kementerian Pengangkutan menegaskan saman tertunggak tidak menjejaskan kelayakan subsidi petrol BUDI95. Lesen memandu aktif kekal syarat utama, bukan status saman. Orang ramai digesa patuhi undang-undang trafik demi keselamatan.
Transcript
00:00Kementerian Pengangkutan menafikan dakwaan bahawa kegagalan menjelaskan saman trafik akan menyebabkan pemohon kehilangan kelayakan untuk menikmati subsidi Petrol Budi 95.
00:11Dalam satu kenyataan, pada selasa, Menteri Pengangkutan Antony Lok berkata kedua-dua mekanisme tersebut beroperasi secara berasingan dan tidak mempunyai kaitan langsung.
00:20Baru-baru ini, sebuah portal berita melaporkan terdapat 4.95 juta saman Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ yang belum dijelaskan, bernilai RM1.48 bilion, manakala hampir 6.6 bilion saman polis masih terpunggak.
00:38Menurut laporan itu, pemandu yang gagal menjelaskan saman bukan sahaja berdepan, risiko dihalang daripada memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan, malah boleh dikedakan tindakan mahkamah.
00:49Selain itu, ia menyebut golongan berkenaan juga mungkin kehilangan kelayakan Budi 95 kerana subsidi Petrol tersebut dikaitkan dengan status lesen memandu.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended