Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) mampu untuk terus menyumbang kepada usaha mengawal selia pembangunan pelabuhan di seluruh Sabah yang menjadi pemboleh ubah penting kepada pelaburan industri di negeri ini.
00:00Lembaga Pelabuhan-pelabuhan Sabah LPPS mampu untuk terus menyumbang kepada usaha mengawal selia pembangunan pelabuhan di seluruh Sabah yang menjadi pemboleh ubah penting kepada pelaburan industri di negeri berkenaan.
00:13Timbalan Ketua Menteri Sabah, Merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Iwan Benedict, yakin dan berharap Pasukan Sabah First di LPPS terus diperkasakan.
00:24Katanya, langkah itu bagi memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pemegang-pemegang taruh.
00:31Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan rasmi ke LPPS sekaligus menerima taklimat menyeluruh mengenai prestasi semasa, peranan dan hala tujuh pembangunan pelabuhan di seluruh Sabah.
00:44Dalam kunjungan itu, Iwan turut berkongsi fokus kementeriannya selaras peluasan portfolio baru yang meletakkan pengangkutan di bawah tanggungjawab kementerian.
00:52Kata Iwan, selain mendalami inisiatif-inisiatif sedia ada yang sedang dilaksanakan oleh LPPS, beliau juga berkongsi wawasan dan hala tujuh di Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan.
01:05Dalam pada itu, Iwan turut menjelaskan mengenai isu kesesakan di pelabuhan Sepanggar sedang ditangani dengan menaik taraf dan meningkatkan kapasiti di pelabuhan itu.
01:15Menurutnya, usaha menaik taraf dan meningkatkan kapasiti di pelabuhan Sepanggar sedang berjalan walaupun berlaku kelewatan, lanjutan masa EOT kali keempat telah diberikan.
Be the first to comment