Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Sejumlah 416 mangsa banjir di Sarawak telah dipindahkan sejak lewat malam Isnin susulan hujan lebat berterusan dan fenomena air pasang besar yang menyebabkan beberapa kawasan mula dinaiki air.
Transcript
00:00Sejumlah 416 mangsa banjir di Sarawak telah dipindahkan sejak lewat malam Isnin, susulan hujan lebat berterusan dan fenomena air pasang besar yang menyebabkan beberapa kawasan mula dinaiki air.
00:13Menurut penolong pengarah operasi bomba Sarawak, Mohd Fauzi, Mohd Kifli, pemantauan mendapati paras air meningkat terutama di Batu Niah dan Bintulu, sekaligus memaksa pemindahan mangsa ke pusat pemindahan sementara.
00:25Berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan oleh pasukan bomba, memang berlaku banjir di setengah tempat.
00:37Dari pemantauan kita daripada pagi, 4 malam semalam, 10.30 malam sehingga 12.30 pagi tadi, jadi seramai 416 orang mangsa banjir yang telah kita pindahkan iaitu terlibat di kawasan Batu Niah dan juga di Bintulu.
00:55Tambahnya situasi di seluruh negeri Sarawak masih terkawal, namun dua kawasan yang terjejas dijangka terus mengalami peningkatan paras air akibat kombinasi air pasang besar dan hujan lebat beberapa jam sebelum itu.
01:09Beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan rendah serta berisiko agar kekal bertenang namun bersiap sedia sekiranya hujan berlarutan malam ini.
01:17Suka saya menasihatkan penduduk di kawasan yang rendah atau kawasan yang berisiko untuk banjir, jangan panik sebab keadaan masih terkawal dan Jabatan Bomba dan juga agensi-agensi lain sentiasa siap sedia untuk membantu kira berlakunya kes banjir ini.
01:40Dan juga kalau ada arahan berpindah, jadi ikutlah arahan daripada agensi-agensi yang terlibat.
01:48Sementara itu, kemaskini, jawatan kuasa pengurusan bencana negeri Sarawak setakat 6 petang menunjukkan peningkatan apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 130 orang melibatkan 32 ketua isi rumah KIR.
02:04Ia membabitkan 4 PPS dibuka di 3 daerah iaitu Bintulu, Miri dan Subis, susulan hujan lebat serta air pasang besar yang menyebabkan beberapa kampung dinaiki air.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended