Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melancarkan Tanistats 2.0, platform statistik pertanian bersepadu dengan visualisasi interaktif, analitik geospatial dan sokongan AI generatif bagi memperkukuh pendigitalan sektor pertanian serta agenda keterjaminan makanan negara.
00:00Usaha memperkukuh pendigitalan sektor pertanian negara di pertingkat apabila Jabatan Perangkaan Malaysia DOSEM memperkenalkan Tani Stats 2.0, platform statistik pertanian bersepadu yang menyediakan data huluan dan hiliran secara lebih modern, interaktif dan hampir masa nyata.
00:19Inisiatif baru itu dianggap tonggak penting dalam menyokong transformasi digital, perkhidmatan awam berteraskan data serta agenda keterjaminan makanan negara.
00:30Platform yang digabungkan secara dalaman ini mengintegrasikan hasil banci pertanian 2024, data agensi pentadbiran, harga agro-makanan, indikator keterjaminan makanan, seterangkaian bekalan dalam satu ekosistem digital.
00:45DOSEM menyatakan Tani Stats 2.0 menyokong teras daya cipta di bawah kekasan Malaysia Madani yang mengutamakan inovasi, pembaharuan dan pengupayaan modal insan.
00:56Platform ini turut memperkukuh agenda reformasi sektor awam melalui peningkatan pendigitalan perkhidmatan, integrasi data antara agensi dan takbir urus data yang lebih modern serta responsif.
01:10Tani Stats 2.0 menyediakan data huluan dan hiliran merangkumi rantaian nilai produk pertanian daripada ladang hingga pengguna.
01:17Melalui modul citratani iaitu analitik pertanian, pengguna boleh melihat tren pengeluaran, produktiviti, sokongan input dan maklumat subsektor secara terperinci mengikut lokasi.
01:30Sistem turut dilengkapi visualisasi interaktif dan geopasial untuk memantau kawasan risiko, zon pengeluaran dan tahap keterjaminan makanan.
01:39Platform ini diperkasakan dengan Agrobot, pembantu pintar berasaskan kecedasan buatan AI, generatif yang membantu pengguna menelusi reporter, mendapatkan penjelasan segera dan menjalankan analisis awal dengan lebih efisien.
01:56Tani Stats 2.0 dijangka menjadi hub data pertahanan utama negara, menyokong penyelidikan dasar strategik dan pembangunan komoditi secara lebih cepat, berasaskan data hampir masa nyata.
02:08Platform ini boleh diakses melalui portal open.dossom.gov.my
Be the first to comment