Seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir ketika air pasang besar di Jeti Geliga Che Akob dekat Chukai, Kemaman, Terengganu, pada Sabtu.
00:00Seorang pemuda dikuatiri lemas selepas dipercayai tergelinci ketika air pasang besar di jeti Geliga Cik Akub dekat Cukai Kemaman, Terengganu pada Sabtu.
00:10Ketua Balai Bomber dan Penyelamat Cukai, Penolong Kanan Penguasa Bomber, Muhammad Hanif Cik Khalid berkata,
00:16dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa Muhammad Anwar Syukrimi Mahmud yang berasal dari kampung Geliga Jambatan sedang duduk di jeti bersama rakan-rakannya.
00:25Katanya ketika itu, air pasang besar 3.7 meter berlaku dan mangsa dikatakan tergelinci di jeti tersebut.
00:34Rakan-rakan mangsa cuba mencarinya namun gagal.
00:38Bagaimanapun, Muhammad Hanif berkata pihak bomber hanya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 2.26 petang Sabtu sebelum 17 anggota bergegas ke lokasi.
00:49Beliau berkata, dalam operasi mencari dan menyelamat, pihak bomber melakukan pencarian pada radius 1 km dari jarak mangsa dipercayai terjatuh dengan menggunakan 2 bot.
01:00Selain itu, operasi SA turut disertai 8 anggota polis bersama sebuah bot selain dibantu seramai 33 orang awam.
01:08Operasi pencarian mangsa ketika ini masih diteruskan.
Be the first to comment