Starbucks bersetuju membayar AS$38.9 juta selepas siasatan New York City mendapati gergasi kopi itu melanggar undang-undang jadual kerja stabil lebih 500,000 kali dalam tempoh tiga tahun. Penyelesaian itu adalah yang terbesar dalam sejarah undang-undang perlindungan pekerja di bandar tersebut. Ia dibuat ketika barista mengadakan piket menuntut syarat kerja lebih baik, disertai Zohran Mamdani dan Senator Bernie Sanders. Lebih 15,000 pekerja akan menerima pampasan, manakala Starbucks mengakui undang-undang itu sukar dipatuhi dalam operasi harian.
00:00Starbucks bersetuju membayar 38.9 juta dolar Amerika atau 182 juta ringgit selepas didapati melanggar Undang-Undang New York City yang mewajibkan syarikat makanan segera menyediakan jadual kerja yang stabil dan boleh dijangka kepada pekerja.
00:16Menurut Pejabat Datuk Bandar Eric Adams, penyelesaian itu menutup siasatan selama 3 tahun dan merupakan penyelesaian terbesar dalam sejarah Undang-Undang Pelindungan Pekerja di Bandar itu.
00:26Pengumuman dibuat ketika barista di New York dan beberapa bandar lain mengadakan mogok menuntut syarat kerja yang lebih baik.
00:36Datuk Bandar New York City yang bakal mengangkat sumpah Zohran Mamdani terus menyertai mogok sama di Brooklyn.
00:41Siasatan mendapati setabak kerap gagal menyediakan jadual kerja tetap, memotong jam kerja tanpa persetujuan bertulis serta memberikan shift kepada pekerja baru tanpa menawarkan terlebih dahulu kepada kaki tangan sedia ada.
00:54Ini sekaligus melanggar Undang-Undang Bandar yang buka kuasa sejak 2017.
01:00Senator Bernie Sanders terus menyatakan solidariti bersama pekerja yang sudah muak dengan ketamakan korporat dan tindakan anti-kesatuan.
01:07Daripada jumlah penyelesaian itu, sejumlah 35.5 juta dolar Amerika akan diberikan kepada lebih 15,000 pekerja yang terkesan, manakala sebanyak 3.4 juta dolar Amerika pula adalah penalti dan kos.
01:20Dalam satu kataan, Starbucks berkata, mereka menyokong hasrat undang-undang tersebut namun pelaksanaannya amat mencabar termasuk situasi seperti pekerja tidak hadir dan shift perlu diganti saat akhir.
01:32Menurut syarikat itu, sebarang perubahan kerja seperti memulakan shift dua jam lewat masih dianggap pelanggaran.
01:38Pejabat Datuk Bandar memaklumkan pekerja terlibat akan menerima cek pembayaran musim sejuk ini pada kadar 50 dolar Amerika untuk setiap minggu bekerja antara 4 Julai 2021 hingga 7 Julai 2024.
Be the first to comment