Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Zahid akan berbincang dengan MB Terengganu mengenai isu 10 ladang FGV yang dikenakan notis larangan menceroboh.
Transcript
00:00Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan berbincang dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mukta berhubung isu 10 ladang FGV Holdings Berhad FGV
00:10yang dikenakan notis larangan menceroboh oleh kerajaan negeri berkuat-kuasa ahad lalu.
00:16Ahmad Zahid percaya perkara itu dapat diselesaikan demi kepentingan peneroka dan juga rakyat Terengganu.
00:21Mengenai perkara itu kita boleh berbincangkan, FELDA diletakkan di bawah Dabatan Perdana Menteri dan saya diberikan tanggungjawab untuk menyantuni dan mendepani permasalahan yang dihadapi oleh FELDA.
00:41Dan saya akan mengadakan perbincangan dengan Yang Mahbermat Menteri Besar Terengganu mengenai perkara itu, tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan.
00:50Yang penting adalah kepentingan peneroka yang juga rakyat Terengganu dan juga rakyat negara kita.
00:59Beliau berkata demikian selepas merasmikan sidang kemuncak perbincangan Cyberjaya 2025 pada Rabu.
01:06Kerajaan Terengganu pada ahad lalu mengeluarkan notis larangan menceroboh tanah diusahakan FELDA di 10 ladang seluas kira-kira 15,000 hektare di negeri itu.
01:16Penyerahan notis dilakukan serentak kepada pihak pengurusan ladang di Setiu, Besut, Kemaman, Marang, Dungun dan Hulu Terengganu.
01:26Exko Pertanian Industri Asas Tani Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Datuk Dr. Azman Ibrahim berkata,
01:33tidak akan itu diambil selepas FELDA gagal memberi maklum balas tuntutan pembayaran hasil keuntungan sebanyak 30% dan tanah milik kerajaan negeri diterokai sejak 40 tahun lalu.
01:46Azman berkata kerajaan negeri sudah memberi tempoh secukupnya iaitu 40 hari seperti dipersetujui hasil perbincangan bersama dengan pengurusan FELDA,
01:55termasuk menghantar surat peringatan terakhir kepada pengurus besar FELDA, Datuk Suzana Idayuwati Osman pada Jumaat lalu.
02:03FELDA dan FGV dalam kenyataan bersama pada selasa memaklumkan notis perkenaan tidak memberi kesan kepada operasi ladang peneroka
02:11dan seluruh komuniti peneroka di FELDA wilayah Terengganu malah menyatakan peneroka boleh meneruskan aktiviti sara hidup masing-masing seperti biasa.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended