00:00Kejadian tanah runtuh yang berlaku di jalan Gua Musang ke Lujing di kilometer 45 berhampiran pos blau menyebabkan laluan itu ditutup kepada semua kenderaan.
00:10Penutupan itu bermula awal pagi rabu dan disahkan oleh Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Chin Fu.
00:18Memetik laporan sinar harian, Chin Fu dilaporkan berkata runtuhan itu mula dikesan sejak dua hari lalu namun ia melibatkan skala yang kecil.
00:26Namun sejak malam tadi, runtuhan dikesan itu menjadi lebih serius. Menurut beliau, Jabatan Kerja Raya JKR dan Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM menutup laluan itu selepas melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.
00:38Sementara itu, JKR Gua Musang memaklumkan penutupan bermula pada rabu hingga tarikh yang akan dimaklumkan kelah.
00:44Pemakluman itu dibuat melalui satu hantaran di laman sosial Facebook yang mana orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan dua laluan alternatif sebagai jalan perhubungan sementara.
00:53Pengguna jalan raya dari Gua Musang yang mahu ke Cameron Highlands, Pahang boleh menggunakan laluan Sungai Koyan, Ringlet, Cameron Highlands.
Be the first to comment