Skip to playerSkip to main content
  • 11 minutes ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan terhadap Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei telah selesai dan mereka akan didakwa di mahkamah esok.
Transcript
00:00Suranjaya Pecegahan Rasuah Malaysia SPRM mengesahkan siasatan terhadap Datuk Seri Syamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Perniagaan Albert T. telah selesai dan mereka akan didakwa di mahkamah pada Khamis.
00:11Ketua Pesuruh Jaya SPRM Tan Sri Azam Baki memaklumkan kedua-dua mereka akan berdepan lima pertuduhan di bawah Akta Suranjaya Pecegahan Rasuah Malaysia SPRM 2009.
00:20Proseding pertama akan dijalankan di mahkamah sesen Kuala Lumpur pada Khamis sebelum kedua-dua tertuduh dibawa ke mahkamah sesen Syah Alam pada Jumaat bagi satu lagi pertuduhan tambahan di bawah seksen yang sama.
00:36Datuk Seri Syamsul Iskandar akan dituduh di bawah seksen 17 dalam kurungan seksen A Akta Suranjaya Pecegahan Rasuah 2009 iaitu menerima suapan.
00:46Yang kedua, Mr. Albert T. dituduh kerana memberi suapan di bawah seksen 17, subseksen B, Akta Suranjaya Pecegahan Rasuah 2009.
00:56Dan begitu juga di mahkamah sesen Syah Alam kalau dituduh pada hari Jumaat di mana masing-masing akan menghadapi satu pertuduhan di bawah seksen yang sama.
01:05SPRM juga memaklumkan seramai 32 saksi dipanggil dan dirakam keterangan tidak termasuk tiga individu yang telah ditahan sebelum ini.
01:14Pada 29 November lalu, Syamsul Iskandar yang juga bekas setiausaha politik kanan Perdana Menteri dan Albert T. ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung dawaan rasuah.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended