Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Malaysia catat kejayaan di WSA Taipei 2025 dengan 17 pingat termasuk 5 emas, bukti anak muda TVET miliki kemahiran bertaraf dunia dan mampu bersaing di Asia.
Transcript
00:00Pencapaian Malaysia meraih tempat ketiga di World Skills Asia atau WSA Taipei 2025 membuktikan anak muda pendidikan dan latihan teknikal dan vocational TVAP negara memiliki kemahiran bertaraf dunia serta mampu bersaing dengan negara terbaik di Asia.
00:16Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi, kejayaan itu menjadi satu lagi detik manis buat Malaysia dan mengangkat martabat TVAP sebagai pemacu kemahiran negara ke tahap lebih tinggi di peringkat serantau.
00:27Menuruti hantaran di Facebook, Zahid menzahirkan ucapan tahniah dan menyifatkan ia sebagai pencapaian yang manis dan membanggakan buat Malaysia.
00:37Sekaligus membuktikan bahawa anak-anak muda TVAP memiliki kemahiran bertaraf dunia dan mampu berdiri standing dengan negara-negara terbaik di Asia.
00:46Ahmad Zaid berkata, kemenangan berkenaan membuka lembaran baru dalam pembangunan kemahiran negara dan menunjukkan potensi besar TVAP sebagai sektor strategik masa depan.
00:56Kontijen Malaysia menamatkan cabaran di WSA Taipei 2025 pada ahad dengan meraih 17 pingat keseluruhan termasuk 5 emas, 5 perak, 4 gangsa dan 3 medallion for excellence.
01:10Sebanyak 25 peserta TVAP negara bertanding dalam acara yang berlangsung dari 27 hingga 30 November lepas sekaligus mengukuhkan reputasi Malaysia dalam bidang kemahiran.
01:20Edisi Taipei tahun ini menyaksikan penyertaan lebih 500 peserta dari lebih 35 negara dan wilayah Asia menjadikannya antara pertandingan kemahiran terbesar di rantau ini.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended