Kerajaan memberi tumpuan lebih besar kepada pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai strategi utama memacu pertumbuhan sektor berteknologi tinggi, khususnya dalam pembuatan, semikonduktor dan automasi.
00:00Kerajaan memberi tumpuan lebih besar kepada pelaburan penyelidikan dan pembangunan R&D sebagai strategi utama memacu pertumbuhan sektor berteknologi tinggi, khususnya dalam pembuatan, semikonduktor dan automasi.
00:13Menurut Menteri Pelaburan, Pendagangan dan Industri, Tengku Datuk Sri Zafrul Abdul Aziz, pembangunan teknologi tempatan perlu digerakkan seiring dengan usaha menarik pelaburan bernilai tinggi.
00:23Tegas beliau pelaburan dalam ekosistem inovasi kini menjadi keutamaan dengan fokus utama ialah membangunkan pusat reka bentuk litar bersepadu, satu langkah penting untuk menjadikan Malaysia pemain lebih kompetitif dalam rantaian semikonduktor global.
00:40Kita nak melabur lebih dalam R&D, pusat reka bentuk yang IC. Dari segi insentif, seperti disebut oleh Menteri Kewangan sebelum ini, kita nak insentif sekarang lebih bersasar.
00:53Bukan kepada semua sektor, kerangka insentif baru ini kena berasalkan dengan izin outcome ataupun keberhasilan yang akan dibulakan pada tahun 2024.
01:04Insentif sektoral, kita fokus pada semikonduktor, digitalisasi dan juga automasi.
01:09Dan kita ada skor kad di mana semua syarikat yang inginkan insentif daripada kerajaan perlu ada skor kad yang memenuhi skor yang mencukupi.
01:21Dan kita belasarkan enam outcome, enam matlamat iaitu kompleksiti ekonomi, pekerjaan yang bernilai tinggi, rantaian domestik itu mesti ada, bukan sahaja import,
01:32tapi kita nak bangunkan industri tempatan, ESG dan juga kluster dan keterangkuman wilayah.
01:39Tambahnya kerajaan juga menekankan pembangunan industri untuk tidak hanya tertumpu di negeri-negeri tertentu sahaja,
01:45sebaliknya pelabur digalakkan meneroka lebih banyak lokasi di luar pusat tumpuan tradisional bagi mengurangkan jurang pembangunan antara negeri.
Be the first to comment