00:00Melalui minda dan keringan anak tempatan, lahir kenderaan elektrik EV pertama buatan Malaysia oleh perdua iaitu QVE.
00:10Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pencapaian membanggakan ini harus dijadikan inspirasi kepada generasi muda menceburi bidang teknologi baharu.
00:20Tambah beliau QVE bukan peluncuran biasa, ia merupakan peluncuran istimewa negara.
00:25Siapa kata tidak mampu kita kerjakan? Kalau kita ada tekad dan disiplin, keyakinan, kita boleh buktikan bahawa bukan sahaja perdua tapi Malaysia boleh mengangkat martabat dan harakat negara ini.
00:44Meskipun ada kekangan kerana pemindahan teknologi itu agak lambat ataupun kurang, rupa-rupanya ada kekuatan dalaman perdua, universiti tempatan, penyidik dan saintis tempatan.
01:02QVE dijayakan menerusi pelaburan sebanyak RM800 juta dan pembangunan oleh lebih 100 tenaga pakar tempatan selain dihasilkan di pusat pembangunan EV nasional.
01:13Kini perdua berjaya memenuhi semua komitmen yang ditetapkan Kerajaan dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri MITI.
01:19QVE yang nama penuhnya Quest for Visionary Electric ditawarkan pada harga runcit RM80,000 tidak termasuk insurans dan bateri.
Be the first to comment