00:00Monsoon Timur Laut kembali membawa risiko hujan lebat luar biasa, banjir kilat dan gangguan jalan raya, terutama di kawasan rendah serta berbukit.
00:10Susulan peningkatan risiko cuaca, Kementerian Kerja Raya KKR menerusi Jabatan Kerja Raya JKR meningkatkan tahap kesiap syagaan di seluruh negara.
00:19Antara langkah utama termasuk pengaktifan bilik gerakan bencana atau Big Ben ke tahap tiga yang kini beroperasi 24 jam bagi memantau laluan kritikal, cerun, jambatan serta maklumat cuaca dari semasa ke semasa.
00:34Semua pejabat JKR negeri dan daerah turut diarahkan bersedia menggerakkan kaki tangan, jentera dan aset berat pada bila-bila masa bagi memastikan perhubungan darat tidak terputus sekiranya berlaku jambatan runtuh akibat banjir atau tanah runtuh.
00:47JKR turut menyerahkan 12 launching nos baharu bagi mempercepat pembinaan jambatan Bali di lokasi kecemasan.
00:55Untuk maklumat terkini tentang keadaan jalan raya, orang ramai disaran mengikuti saluran rasmi KKR di laman sosial serta portal yang tertera.
Be the first to comment