00:00Suruhanjaya Pilihan Raya SPR menjangkakan keputusan penuh pilihan raya negeri PRN Sabah ke-17 diketahui pada jam 12.30 malam ini.
00:08Pengurusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, manakala keputusan awal boleh diterima pada jam 10 malam.
00:30Katanya SPR sudah menyediakan logistik dan ini termasuk helikopter,
00:59di beberapa Dewan Undangan Negeri Dun bagi memudahkan tindakan membawa peti undi, terutama di kawasan pulau dan pedalaman.
01:08Malah pihaknya boleh menerima peti undi dari kawasan tersebut lebih awal memandangkan pusat daerah mengundi di kawasan-kawasan tersebut ditutup seawal 12.30 hari.
01:17Selain itu, SPR meletakkan unjuran 60% keluar mengundi bagi PRN Sabah ke-17 berbanding 65% pada PRN terdahulu disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Be the first to comment