Skip to playerSkip to main content
  • 21 minutes ago
Penduduk Bulacan meluahkan kemarahan berikutan dakwaan rasuah dalam projek mitigasi banjir yang gagal, hingga menyebabkan komuniti terus ditenggelami air dan perniagaan terjejas tanpa tindakan tegas diambil.
Transcript
00:00Dan penduduk di wilayah bulakan di Filipina pada Khamis melahirkan rasa marah berikutan dakwaan penyelewengan dana yang mengakibatkan kawasan ditenggelami air dan perniagaan terpaksa ditutup.
00:12Ini walaupun berbilion peso diperuntukkan bagi usaha mitigasi banjir dan pegawai yang terlibat penyelewengan masih belum dikenakan tindakan sekaligus mencetuskan kemarahan rakyat.
00:23Penduduk menyifatkan banjir yang tiada penghujung menyebabkan kebanyakan perniagaan terpaksa ditutup.
00:31Pelajar tidak boleh ke sekolah dan menjejaskan kehidupan seharian.
00:35Rata-rata penduduk merasa kecewa kerana ia bukan sekadar kesulitan biasa.
00:41Malah menggambarkan rasuah itu bersifat sistemik dan tidak berperi kemanusiaan.
00:47Filipina sejak sekian lama bergelut dengan skandal kawalan banjir.
00:50Perbilion peso yang diperuntukkan bagi projek mitigasi banjir didakwa diselewengkan melalui projek palsu yang tidak pernah siap.
00:59Menyebabkan bandar seperti Hoganoy ditenggelami air setiap kali air pasang tinggi dan hujan lebat melanda.
01:06Kemarahan rakyat bertambah apabila agensi kerajaan masih belum mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.
01:13Pihak pengkritik menyatakan rasuah di Filipina telah meresap ke pelbagai jabatan dan agensi.
01:18menjejaskan banyak komuniti dan merosakkan keyakinan terhadap institusi awam.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended