Skip to playerSkip to main content
  • 18 minutes ago
Kes keganasan terhadap wanita di Malaysia kekal pada tahap membimbangkan meskipun pelbagai usaha kerajaan dijalankan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, memaklumkan lima negeri mencatat kes tertinggi iaitu Selangor, Perak, Johor, Kedah dan Sabah.
Transcript
00:00Baik, selanjutnya, kes keganasan melibatkan wanita di negara ini masih pada tahap membimbangkan kenataan itu disuarakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Atuk Seri Nansi Syukri, yang turut memaklumkan jumlah kes tersebut masih tinggi ketika ini, meskipun pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan.
00:18Menurut Nansi, statistik terkini jawatan kuasa kerja data keganasan rumah tangga sehingga Jun 2025 menunjukkan lima negeri mencatat jumlah kes tertinggi iaitu Selangor, Perak, Johor, Kedah dan Sabah.
00:34Jelas beliau, perkara ini perlu diakui kerana keganasan terhadap wanita masih berlaku dan memerlukan tindakan bersama semua pihak bukan hanya KPWKM.
00:45Selain itu, difahamkan Jabatan Pembangunan Wanita JPW telah melaksanakan 101 program advokasi dari Januari hingga Oktober tahun ini melibatkan lebih 74,397 perserta selain program kesedaran di sekolah yang melibatkan hampir 4,000 pelajar.
01:04Nansi menegaskan program ini penting bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap isu keganasan rumah tangga dan gangguan seksual serta memberi pededahan kepada golongan muda mengenai cara melindungi diri.
01:17Di samping itu, JPW juga memperkenalkan kit keganasan rumah tangga KRT yang dinamakan sebagai Kit Cekal pada 20 Ogos lalu.
01:27Kit tersebut merupakan sebuah beg yang disediakan lebih awal oleh mangsa sebagai persediaan untuk menyelamatkan diri dengan cepat apabila berdepan dengan situasi berbahaya atau mengancam nyawa.
01:38Dalam pada itu, menurut laporan dari Polis Deraja Malaysia PDRM, kes gangguan seksual turut meningkat daripada 477 kes pada 2022 kepada 522 kes pada 2023.
01:50Manakala pada 2024, ia sekali lagi melonjak kepada 788 kes pada 2024.
01:57Menurut Nansi, lebih membimbangkan sehingga Oktober 2025 sahaja sebanyak 872 kes direkodkan.
02:05Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2025 di Dataran Langkawi pada Isnin.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended