Sebahagian warga asing bertempiaran lari dan ada yang menyorok di premis perniagaaan, malah ada yang berpura-pura menjadi pelanggan bagi mengelak operasi bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di sebuah pusat beli-belah barangan borong di ibu kota pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Dalam operasi yang bermula jam 12 hingga 1.45 tengah hari itu, segelintir warga asing turut dikesan cuba meloloskan diri melalui laluan kecemasan serta menggunakan lif sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa.
Be the first to comment