Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying berkata, ia berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut menunjukkan peningkatan daripada 477 kes pada 2022 kepada 1,038 kes berkaitan gangguan seksual pada tahun lepas.
Transcript
00:00Semangat 388 kes gangguan seksual direkodkan dalam tempoh 5 bulan pertama tahun ini.
00:07Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lim Huying berkata,
00:10ia berdasarkan statistik polis di Raja Malaysia.
00:16Ia menunjukkan peningkatan daripada 477 kes pada 2022 kepada 1038 kes berkaitan gangguan seksual tahun lalu.
00:24Menurut Huying, peningkatan itu bukan sahaja mencerminkan kadar kes,
00:28tetapi keberanian masyarakat untuk tampil membuat laporan dan menolak budaya berdiam diri.
00:34Katanya, isu yang tidak ditangani dari peringkat awal boleh berkembang menjadi lebih serius
00:39dan berpotensi kepada pelbagai bentuk keganasan.
00:43Tambah beliau setakat 15 Jun, Tribunal Bagi Anti Gangguan Seksual Tax menerima 100 aduan dengan 82 kes
00:49diselesaikan dalam tempoh 60 hari selepas pendengaran pertama membuktikan keberkesanan sistem tribunal
00:56dalam mempercepat akses kepada keadilan.
00:59Selain itu, kerajaan juga menyediakan perkhidmatan sokongan melalui pelbagai saluran
01:04seperti Talian Kasih 15999 yang beroperasi 24 jam serta pusat sokongan sosial setempat
01:11bagi membantu masyarakat mendapatkan bantuan.
01:16Huying berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program toleransi sifar keganasan
01:21say no to sexual harassment di Port Dickson pada Khamis.
Comments

Recommended