Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, sikap autoritarian dan politik kasar parti itu bertujuan melemahkan kedudukan partinya dalam struktur kepimpinan gabungan itu.
Transcript
00:00PAS didakwa tanpa berselindung berusaha menguasai Perikatan Nasional PN sepenuhnya dengan langkah terbaharu mengugurkan Datuk Dr. Mohd Razijidin dan Datuk
00:10Seri Mohd Azmin Ali daripada jawatan utama dalam gabungan itu.
00:14Ketua Penerangan Parti Peribumi Bersatu Malaysia Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, sikap authoritarian dan politik kasar parti itu bertujuan
00:24melemahkan kerudukan partinya dalam struktur kepimpinan gabungan itu.
00:31Menerusi hantaran di Facebook pada Khamis, beliau berkata kenyataan anggota Lajnah Undang-Undang PAS serta jentera parti juga memberi gambaran
00:37ke arah itu.
00:38Ini termasuk usaha menyulitkan pengeluaran watikah calon, memanfaatkan dominasi dalam majlis tertinggi untuk menekan bersatu serta mengetepikan peranan majlis presiden
00:48dalam proses membuat keputusan.
00:51Tambah beliau, susunan baharu diumumkan pengurusi PN Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar itu juga mengubah keseimbangan undi dalam majlis tertinggi
00:59PN berikutan bersatu memiliki empat wakil berbanding enam sebelum ini.
01:03Tun Faisal turut mempersoalkan mengadakan mesyuarat tergempa majlis tertinggi PN dalam masa terdekat selepas sekian lama tidak memanggil mesyuarat penting
01:12berkaitan persiapan pilihan raya dan penyelesaian konflik dalaman gabungan itu.
01:16Pada masa sama, beliau menegaskan bersatu akan terus mempertahankan kedudukannya dalam PN selain mengharapkan pihak dalam PAS sendiri membantu menghentikan
01:25permainan politik kluster publika itu.

Recommended