A Private Members’ Bill has been submitted by government backbenchers from Kuala Lumpur to amend the Federal Capital Act 1960, aiming to introduce greater democratic oversight in the city’s governance, said MPs from the city in a media conference on Nov 20.
00:00Pada hari ini, Ahli-Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan Kuala Lumpur telah kemukakan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.
00:14DBKL telah pun mencapai status berpendapatan tinggi.
00:18DBKL juga diperuntukkan untuk berbelanja RM2.835 bilion pada tahun ini, kurang sedikit daripada perbelanjaan Selangor tetapi lebih tinggi berbanding Johor.
00:29Tetapi segala kuasa terhadap perbelanjaan ini terletak di bahu Datuk Bandar yang lazimnya seorang penjawat awam dengan semak dan imbang yang terhad daripada Lembaga Penasihat dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
00:43Kami yakin jika RUU ini diluluskan, ia akan menunaikan manifesto Pakatan Harapan yang berikrah bahawa kerajaan akan bekerja keras untuk memperkasakan demokrasi dan ketelusan di DBKL melalui kaedah yang sistematik.
01:00Usaha ini akan memastikan semua rakyat Malaysia memiliki perwakilan yang boleh dipercayai, inklusif serta mewakili kepentingan rakyat dan bukannya pihak pemaju.
01:10Kita perlu ingat bahawa 10 daripada 11 Ahli Parlimen Kuala Lumpur memenangi kerusi mereka dengan manifesto ini.
01:19Dan salah satu kaedah praktikal ke arah pendemokrasian yang lebih besar di Kuala Lumpur ialah pelaksanaan sistem Ahli Majlis menjadikan Datuk Bandar memiliki peranan penting tetapi setara dengan Ahli-Ahli Majlis yang dicalonkan oleh Ahli Parlimen Kuala Lumpur.
01:34Ubahan utama dia ialah seksyen baru 5B yang kita cadangkan akan ada seksyen tentang keanggotaan majlis.
01:42Kita akan wujudkan majlis bagi Bandar Raya Kuala Lumpur dan keanggotaannya terdiri daripada Datuk Bandar yang menjadi pengerusi bagi majlis dan 2 anggota yang hendaklah dicalonkan oleh setiap Ahli Parlimen bagi mewakili kawasan Parlimen tersebut dan calon-calon tersebut hendaklah dilantik oleh Menteri yang bertanggungjawab ke atas wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
02:03Jadi ini merupakan substantive element lah di dalam pindaan yang kami cadangkan.
02:10Yang lain lembaga penasehat, pelantikan Datuk Bandar dan sebagainya tetap sebagaimana sistem yang telah sana sedia kalah lah.
02:18This is based on the PAC punya recommendation where the government departments were attended and they were part of the proceeding and they are aware of this.
02:31But since we think that this is also an urgent matter, we decide to come up with our bill as a draft and we are willing to work with the government, bring government backbenchers so that we can work on this.
02:44RUU persendirian ini, kami berharap lah akan dibahaskan dalam sidang ini.
02:50Kalau tidak pun, ataupun tidak dapat dibahas pun, RUU ini harus dipandang berat oleh Menteri yang menyelidikan hal awal wilayah Persekutuan.
03:01Kerana ini adalah merupakan satu langkah progresif kearah memastikan pentadbiran yang baik dan juga akan meningkat ketelusan accountability dan juga representasi atau keterwakilan bagi penduduk Kuala Lumpur.
Be the first to comment