Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil pendekatan membina hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan bagi kelancaran tuntutan hak Sabah sebagaimana termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Transcript
00:00Gabungan Rakyat Sabah GRS mengambil pendekatan membina hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan bagi kelancaran tuntutan hak Sabah sebagaimana termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63.
00:12Timbalan setiausaha agungnya, Dato' Armin Zan Muhammad Ali berkata, Kerajaan Negeri tidak perlu bermusuhan dengan Kerajaan Persekutuan untuk menuntut hak Sabah itu.
00:23Menurutnya, hubungan yang baik tanpa bermusuh lebih memudahkan proses tuntutan tersebut.
00:28Hubungan federal dengan state kena baik. Jadi jangan kerana kepentingan politik pihak tertentu yang kerana memainkan sentimen tertentu, anti kepada Malaya dan sebagainya hanya untuk kemenangan mereka tapi akhirnya kerugian kepada rakyat.
00:46Kerana ingat Persekutuan itu juga adalah sebagian daripada kita. Kerajaan Persekutuan itu juga adalah milik kita. Malaysia itu juga milik kita.
00:56Yang penting, sebagaimana dalam manifesto GRS. Tengok yang paling hujung apa dia. Kita mahu mewujudkan GRS ini sebagai satu wadah, platform gabungan kepada parti-parti lokal untuk apa?
01:10Untuk kita ada memperkukuhkan kuasa politik Sabah dalam Persekutuan Malaysia.
01:19Armizan yang juga Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Kuasa Sarihidup KPDN berkata demikian, semasa Majlis Pelancaran Jentera Muda N71 Tanjung Batu di Tawau Sabah pada selasa malam.
01:30Program tersebut dihadiri kira-kira 1,500 penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Dun Tanjung Batu.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended