Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sedang memperkemas persediaan bagi pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 (BE2026), yang bakal menilai kedudukan lebih 1.2 juta pertubuhan perniagaan di seluruh negara, termasuk sekitar 180,000 pertubuhan di Wilayah Persekutuan.
Transcript
00:00Jabatan Perangkaan Malaysia DOSEM sedang memperkemas Persiapan Banci Ekonomi 2026, BI 2026, yang akan melibatkan lebih 1.2 juta pertubuhan perniagaan di seluruh negara, termasuk 180,000 di wilayah Persekutuan.
00:14Ketua Perangkauan Malaysia, Datuk Seri Dr. Muhammad Uzir Mahadin menegaskan, Banci ke-6 ini merupakan data nadik ekonomi rakyat bagi menilai struktur ekonomi semasa dan menyokong perancangan dasar.
00:24Menurutnya, Banci ini meliputi semua pertubuhan perniagaan dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan merentas lima sektor utama, 17 seksyen dan 1,216 industri selaras dengan penggunaan klasifikasi industri terkini Malaysia MSIC 2025.
00:41Kalau dalam pelaksanaan Banci ekonomi seluruh negara, kita ada lebih kurang 1.2 juta pertubuhan perniagaan.
00:48Untuk di wilayah ini, kita ada lebih kurang 137,000 pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur, Labuan dan juga Putrajaya.
01:00Ini yang kita nak sampaikan, semua pertubuhan perniagaan ini perlu memberikan kerjasama.
01:06Peroperasian Banci ekonomi ini akan berlangsung mulai Februari tahun lepas sehinggalah kepada pehujung tahun.
01:14Jelasnya, data komprehensif ini akan digunakan bagi menilai produktiviti, teknologi, tenaga buruh dan daya syai industri sekaligus menyokong pelaksanaan dasar nasional termasuk rancangan Malaysia ke-13 dan pelan induk perindustrian baru 2030.
01:27Dekat situ yang membolehkan pelaksanaan intervensi ataupun melihat adakah usaha kita misalnya ke arah meningkatkan peluangan kepada pekerja itu dapat ditingkatkan.
01:40Contoh sekarang kita berkisar lebih kurang 36% daripada earning itu kepada kerja masih lagi 36% tetapi sasaran nak melonjak hingga melebih 40%.
01:52So, berdasarkan data-data Banci ekonomi nanti itu antara contoh bagaimana ia membolehkan panduan.
02:00Dosa menyeru kerjasama penuh semua pertubuhan perniagaan bagi memastikan data yang tepat dan bertepatan masa dapat membantu pembangunan ekonomi negara.
02:09Maklumat Banci boleh dihantar melalui platform EBE POS atau Temuduga Bersemuka dengan hasil awal dijangka diterbitkan seawal suku pertama 2027.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended