Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan ramalan awal banjir bagi di negeri Kelantan membabitkan tempoh antara hari ini hingga 21 November ini, susulan jangkaan hujan berterusan yang berpotensi menyebabkan limpahan sungai di beberapa jajahan.
00:00Jabatan Pengairan dan Seleran JPS menulakan ramalan awal banjir bagi negeri Kelantan membabitkan tempoh antara hari ini hingga 21 November ini
00:08susulan jangkaan hujan berterusan yang berpotensi menyebabkan limpahan sungai di beberapa jajahan.
00:13Kenyataan JPS maklumkan ia telah mengenalpasti 9 jajahan yang berisiko terjejas meliputi kawasan lembangan sungai utama di negeri itu.
00:20Jajahan yang terbabit adalah tumpat membabitkan beberapa lembangan seperti Sungai Golok, Sungai Kelantan dan Lembangan Sungai Pengkalan Angka Pasir Mas.
00:31Manakala jajahan kota baru membabitkan Lembangan Sungai Kelantan, Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Lembangan Sungai Kemasin serta Lembangan Sungai Pengkalan Cepa.
00:40Di jajahan Pasir Putih pula membabitkan Lembangan Sungai Kelantan dan Lembangan Sungai Semerak, Bacuk Lembangan Sungai Kemasin dan Lembangan Sungai Semerak.
00:47manakala tanah merah membabitkan lembangan Sungai Golok dan Lembangan Sungai Kelantan.
00:52Lembangan Sungai Terbabit di Jajah Macang dan Kuala Kerai pula adalah Sungai Kelantan
00:55manakala di Jeli pula membabitkan lembangan Sungai Golok dan Lembangan Sungai Kelantan.
01:01JPS maklumkan pemantauan berterusan dilakukan dan sebarang amaran banjir akan dikemas kini
01:05sekiranya hujan signifikan berterusan di kawasan-kawasan terbabit.
01:08Ia turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka terhadap hebah rasmi
01:12dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Be the first to comment