Presiden AS Donald Trump menafikan penglibatan Putera Mahkota Mohammed bin Salman dalam pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, bercanggah dengan laporan CIA, ketika lawatan rasmi ke Washington.
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa Putera Mahkota Arab Saudi Muhammad bin Salman tidak mengetahui mengenai pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi pada 2018, sekaligus bercanggah dengan penilai agensi risikan Amerika.
00:13Trump ketika sidang media di White House maklumkan baginda tidak tahu apa-apa mengenai pembunuhan Khashoggi.
00:18Kenyataan Presiden Trump itu bertentangan dengan laporan agensi risikan pusat CIA yang sebelum ini menilai Putera Mahkota berkemungkinan mengarahkan pembunuhan Khashoggi di Konsul Arab Saudi di Istanbul.
00:32Trump yang menepis soalan berhubung pembunuhan Khashoggi mendakwa wartawan itu seorang yang sangat kontroversi dan menegaskan isu itu hanya dibangkitkan untuk memalukan tetamunya Putera Mahkota dari Arab Saudi.
00:43Untuk rekod, lawatan Muhammad bin Salman ke Washington menandakan berakhirnya tempoh pengasingan diplomatik terhadap Putera Mahkota selepas insiden Khashoggi.
00:53Baginda disambut dengan penuh istiadat termasuk kawalan kehormat, persembahan muzik tentera dan jamuan makan malam rasmi.
01:00Dalam masa sama, Trump memuji rekod hak asasi Putera Mahkota dan mengumumkan perjanjian pelaburan baru serta perancangan menjual jet pejuang F-35 kepada Riyadh.
01:10Bagaimanapun, Putera Mahkota tidak memberi komitmen terhadap beberapa agenda utama Trump.
01:15Dalam reaksi segeranya, Putera Mahkota pula menyifatkan insiden itu sebagai kesilapan besar dan menegaskan siasatan telah dijalankan bagi memastikan perkara sama tidak berulang.
Be the first to comment