Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Keperluan melengkapkan rumah baharu di bawah Projek Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Gas semakin mendesak, susulan penduduk yang masih menunggu untuk berpindah masuk selepas bertahun-tahun ditempatkan di penempatan sementara.
Transcript
00:00Baik, Israwani sebelum ini ada melaporkan mengenai rayuan penduduk kampung gas yang berharap dapat segera berpindah masuk ke perumahan rakyat termiskin atau PPRT yang dijanjikan.
00:12Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Don Sekong alias Sali yang sebelum ini beberapa kali meninjau keadaan di kontena penempatan sementara penduduk sejak lima tahun lalu berkata situasi ketika ini amat mendesak.
00:24Dan saya pernah bertemu dengan Timbalan Ketua Menteri Dr. Joakim untuk menuntut supaya kementerian beliau mendesak supaya rumah itu dapat disiapkan dan saya juga telah menemui Presiden Lama Henry Idol dua kali dan Presiden Walter Kingston terakhir pada bulan Jun lalu bertanyakan apakah masalah sampai sekarang belum dapat disiapkan dan beliau memberi jaminan waktu itu pada bulan Jun bahawa rumah itu akan siap dibina pada bulan Ogos.
00:54Malangnya sampai sekarang kerajaan masih gagal dan saya memberi jaminan di sini kalau kami diberi peluang memerintah kami akan selesaikan isu pembinaan rumah kampung gas dalam tiga bulan.
01:08Alias berkata demikian sebagai respons terhadap laporan Estro Awani yang membawakan suara penduduk kampung gas yang merayu agar kediaman yang sudah siap dibina dilengkapi dengan pemasangan utiliti seperti air dan elektrik.
01:23Selain itu penduduk turut menggesa agar jambatan penghubung ke setiap rumah dapat dibina dengan segera.
01:31Pada Jumaat, Jurutera Awam Unit Penyelarasan Pelaksanaan ICU JPM Pejabat Pembangunan Negeri Sabah PPN Sabah, Hamidah Abdul Hamid berkata setiap unit rumah di bawah projek itu akan melalui proses pengesahan siap pada bulan November ini.
01:47Menurutnya rumah-rumah tersebut sebenarnya telah disiapkan pada bulan Oktober berdasarkan pemantauan di lapangan.
01:55Bagaimanapun bekalan utiliti asas seperti bekalan elektrik dan air tidak termasuk dalam skop kerja kontraktor yang membina rumah PPRT itu.
02:05Jelasnya permohonan pemasangan utiliti perlu dibuat oleh pemilik rumah selepas penyerahan rasmi dilakukan.
02:11Hamidah menambah proses peralawatan Certificate of Practical Completion CPC akan dijalankan untuk memastikan semua komponen pembinaan berada dalam keadaan selamat dan berfungsi sebagai langkah wajib sebelum penyerahan rumah dibuat.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended