Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan untuk tiga negeri membabitkan Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga hari ini.
00:30METEOROLOGI MALAYSIA juga meramalkan hujan berterusan dijangka berlaku hingga Isnin di Johor, membabitkan Segamat, Keluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Baru.
00:40Selain itu, kawasan yang dijangka terbabit di Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Seriaman, Betung, Sarike, Sibu, Sibu dan Selangau, Mukah dan Bintulu.
00:52Sementara itu, di perairan negara, angin kencang timbul laut berkelajuan 40 hingga 50 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan hingga Isnin.
01:08Kenaikan paras air laut juga dijangka berlaku di kawasan itu dan ia berisiko kepada limpahan air laut di pesisi pantai.
01:15Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Be the first to comment